Ringgit ditutup rendah

September 2, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini (2 September 2022) menjelang pengumuman data pekerjaan AS, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.4855/4870 berbanding mata wang AS daripada 4.4820/4840 ketika ditutup pada Khamis, lapor Bernama.

Peniaga ActivTrades Anderson Alves berkata jika laporan itu lebih kukuh daripada jangkaan, dolar AS boleh terus mencapai paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun berbanding mata wang utama dalam persekitaran dagangan selamat.

“Bagaimanapun dari segi makro, data terkini menunjukkan bahawa pertumbuhan global jelas bergerak perlahan dan risiko kemelesetan secara langsung meningkat apabila inflasi yang tinggi mengurangkan pelaburan dan perbelanjaan pengguna,” katanya.

Namun, kemerosotan ringgit itu diimbangi oleh kenyataan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bahawa negara telah menarik pelaburan bernilai RM123.3 bilion (AS$28.0 bilion) yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama yang melibatkan 1,714 projek dari Januari hingga Jun 2022.

MIDA berkata pelaburan langsung asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama, pada 70.9 peratus atau RM87.4 bilion (AS$19.9 bilion) manakala pelaburan daripada sumber domestik menyumbang 29.1 peratus berjumlah RM35.9 bilion (AS$8.2 bilion).

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1996/2009 daripada 3.2028/2047 ketika ditutup pada Khamis dan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.1888/1906 daripada 5.1964/1987.

Ringgit menokok berbanding yen Jepun kepada 3.1950/1963 daripada 3.2205/2222 sebelumnya dan melonjak berbanding euro kepada 4.4873/4888 daripada 4.4923/4943 pada Khamis.

Berita berkaitan
Selepas beberapa hari mengalami kejatuhan, ringgit dibuka tinggi sedikit
23 jam lalu· Isu semasa
Asas kewangan masih kukuh, Malaysia tak berdepan krisis: Zafrul
October 4, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka tak berubah, menghampiri RM4.70 berbanding dolar
October 4, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
October 6, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi PPS dibuka di kawasan Parlimen Mat Maslan, mangsa naik 29 orang orang
19 minit lalu · Isu semasa
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
29 minit lalu · Isu semasa
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
16 minit lalu
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok