Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar

September 20, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan harga minyak yang merosot dan tekanan yang ditingkatkan oleh jangkaan meningkat mengenai keputusan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat esok, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.5585/5595 berbanding dolar AS daripada 4.5495/5515 pada Isnin, lapor Bernama.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Eropah Craig Erlam berkata bank pusat, termasuk Bank of England, Swiss National Bank dan South African Reserve Bank, telah bersedia pada minggu ini untuk memberikan kenaikan kadar yang besar dalam usaha berterusan memerangi inflasi.

“Bank of Japan juga akan bermesyuarat pada Khamis tetapi topik perbincangan dijangka mengenai cara untuk menjana inflasi yang mampan dan yen yang meningkat,” katanya dalam nota penyelidikan.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 0.16 peratus kepada US$91.85 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound kepada 5.2049/2060 daripada 5.1678/1700 semalam dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2341/2353 daripada 3.2261/2278 sebelum ini.

Unit tempatan turut susut berbanding euro kepada 4.5608/5618 daripada 4.5372/5392 pada Isnin dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.1725/1734 daripada 3.1706/1724 semalam.

Berita berkaitan
Kadar kejatuhan ringgit menghampiri paras Krisis Kewangan Asia
March 29, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut pada sesi pagi, kena tempias kejatuhan Credit Suisse
March 16, 2023· Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi hari ini
March 13, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
50 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok