Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini

September 5, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini (5 September 2022) apabila peniaga kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 7-8 Sept, kata seorang penganalisis.

Pada 6.15 petang, unit tempatan turun kepada 4.4900/4940 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4855/4870 pada Jumaat minggu lepas.

Ahli Ekonomi Kanan UOB Malaysia Julia Goh berpendapat penurunan ringgit akan berlaku secara perlahan-lahan kerana asas negara masih kekal kukuh di tengah-tengah pertumbuhan pesat ekonomi dan lebihan akaun semasa yang berterusan.

“Kami menjangkakan MPC BNM akan terus menaikkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas lagi pada mesyuarat minggu ini.

“Selagi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat kekal menaikkan kadarnya pada bulan-bulan yang akan datang dan kebimbangan berterusan terhadap pertumbuhan ekonomi China, kami merasakan kebanyakan mata wang Asia termasuk ringgit akan berada dalam situasi defensif berbanding dolar AS,” katanya lapor Bernama.

Sementara itu, ketua ahli ekonomi global Juwai IQI Shan Saeed berkata ringgit dijangka kekal berada dalam tekanan dalam tempoh terdekat ini tetapi pulih semula apabila harga minyak melantun semula.

“Mata wang utama dunia menyusut nilai berbanding dolar AS dan kami menjangkakan aliran ini akan berterusan sehingga kita melangkah ke suku terakhir. Keyakinan terhadap ringgit dijangka kembali semula dan ia mengekalkan kestabilan struktur bagi tempoh jangka panjang,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata, ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran 4.0500 hingga 4.3500 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun, berasaskan kepada harga minyak tinggi, kestabilan makroekonomi, angka perdagangan tinggi dan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1978/2011 daripada paras penutup 3.1996/2009, naik berbanding pound Britain kepada 5.1689/1735 daripada 5.1888/1906 dan menokok berbanding euro kepada 4.4590/4630 daripada 4.4873/4888.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.1966/1997 daripada 3.1950/1963 sebelumnya.

Berita berkaitan
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
3 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
3 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
8 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
2 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok