Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

May 18, 2023 · Isu semasa

Ringgit susut untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan pengukuhan dolar dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.5365/5395 berbanding dolar AS daripada 4.5250/5275 ketika ditutup pada Rabu, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS terus meningkat memandangkan pasaran mata wang mungkin tidak yakin kebuntuan mengenai siling hutang AS dapat diselesaikan tepat pada masanya.

“Memandangkan naratif dasar monetari yang terbatas akan menjejaskan ekonomi global, ia juga boleh mengakibatkan penghindaran risiko (kekal ketara), ini membawa kepada permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS.

“Kami berpendapat pasaran pertukaran mata wang asing sedang terganggu dengan kegagalan siling hutang AS dalam keadaan kebimbangan mengenai pertumbuhan global yang lemah,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan lemah berbanding pound British kepada 5.6452/6490 daripada 5.6300/6331 ketika ditutup pada Rabu dan rendah berbanding euro kepada 4.9076/9108 daripada 4.9006/9033.

Walau bagaimanapun, ringgit meningkat meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2926/2950 daripada 3.3039/3060 sebelumnya.

Mata wang tempatan juga didagangkan rendah berbanding mata wang negara Asean.

Ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 305.0/305.4 daripada 304.2/304.6 pada penutupan dagangan Rabu serta turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3724/3748 daripada 3.3693/3714.

Unit domestik rendah berbanding peso Filipina kepada 8.11/8.13 daripada 8.05/8.06 dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2105/2247 daripada 13.2059/2182.

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
June 1, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
June 2, 2023 · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok