Ringgit ditutup rendah berbanding dolar

July 20, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini (20 Julai 2022) walaupun jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 43.4 peratus tahun ke tahun pada Jun 2022 untuk mencecah paras tertinggi baharu sebanyak RM270.4 bilion, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4500/4540 berbanding dolar AS daripada 4.4480/4510 pada Selasa, lapor Bernama.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit tidak memanfaatkan angka perdagangan yang kukuh berikutan pengeksport tempatan masih enggan menjual dolar AS disebabkan mereka masih bimbang dengan peningkatan kes COVID-19 di China.

“Situasi terus tidak menentu berikutan jangkitan harian melepasi 1,000 kes, mempengaruhi prospek pertumbuhan serantau dengan dasar sifar COVID yang terus menimbulkan masalah,” katanya.

Menurut laporan, tanah besar China melaporkan 108 kes baharu COVID-19 dengan gejala dan 827 kes tanpa gejala pada Selasa.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1978/2009 daripada 3.1943/1966 pada Selasa dan merosot berbanding pound kepada 5.3498/3546 daripada 5.3478/3514 sebelum ini.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2202/2233 daripada 3.2323/2347 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.5586/5627 daripada 4.5592/5623.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
January 17, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut ke paras RM4.40 berbanding dolar
December 13, 2022· Isu semasa
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
8 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
9 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
9 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
17 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok