Ringgit ditutup paras RM4.76, meneruskan tren kejatuhan

October 19, 2023 · Isu semasa

Ringgit meneruskan trend menurun dengan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kelima berturut-turut pada Khamis apabila hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi menjejaskan sentimen terhadap mata wang tempatan, kata pakar ekonomi.

Pada 6.03 petang, mata wang tempatan itu jatuh kepada 4.7680/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7445/7485 pada penutupan semalam, lapor Bernama.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit telah jatuh hari ini dan mungkin semakin melemah melainkan ia mendapat rangsangan daripada Rizab Persekutuan yang mengambil langkah kurang agresif atau data AS yang lebih lemah.

“Hasil AS yang lebih tinggi pada asasnya membebankan ringgit hari ini. Memandangkan risiko yang agak rendah sedikit di Timur Tengah disebabkan usaha diplomatik, jadi penurunan nilai ringgit adalah disebabkan hasil Perbendaharaan AS,” katanya kepada Bernama.

Ringgit juga susut berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound Britain yang mana ia telah mengukuh kepada 5.7712/7748 daripada 5.7869/7917 pada penutupan semalam.

Mata wang tempatan itu jatuh berbanding euro kepada 5.0274/0305 daripada 5.0140/0182 dan lebih rendah berbanding yen pada 3.1821/1843 daripada 3.1685/1714 pada penutup Rabu.

Pada masa yang sama, ia diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0716/0849 berbanding 13.0738/0914 pada penutup semalam dan lebih tinggi sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 301.4/301.8 daripada 301.5/302.0 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4702/4726 daripada 3.4649/4681 dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.39 daripada 8.37/8.38 semalam.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok