
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean pagi ini, 10 Mac 2023.
Ringgit ditutup 0.39 peratus lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis (12 Mei 2022) berikutan aktiviti jualan susulan penurunan harga minyak mentah global, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.3935/3945 berbanding dolar AS daripada 4.3755/3785 pada akhir urus niaga semalam.
Harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global turun 1.49 peratus kepada US$105.90 setong, lapor Bernama.
Menurut penganalisis itu, dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah langkah Rizab Persekutuan AS (Fed) memperketat dasar monetari berikutan data inflasi negara maju itu yang meningkat dengan Indeks Harga Pengguna terbaharunya naik kepada 8.3 peratus bagi April 2022 daripada konsensus 8.1 peratus.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan itu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1488/1500 daripada 3.1583/1607 semalam, naik berbanding euro kepada 4.5820/5830 daripada 4.6218/6250 serta meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3539/3551 daripada 5.4147/4184 sebelum ini.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.4145/4156 daripada 3.3723/3748, sebelumnya.
Semalam, susulan kejatuhan mata wang negara yang semakin teruk kebelakangan ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar pendekatan sama diperkenalkanya semasa krisis kewangan Asia sekitar 1998 lalu digunakan semula.
Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu menetapkan sekali lagi nilai ringgit RM3.80 kepada 1 dolar Amerika (USD), langkah sama yang diperkenalkan dan berjaya mengelakkan negara terjebak dalam krisis kewangan yang lebih parah ketika itu.
“Apabila kita tetapkan nilai ringgit pada RM3.80 satu dollar AS dan kita jamin bekalan dolar AS kepada sesiapa yang sanggup membayar RM3.80 untuk satu dollar AS, maka nilai ringgit tidak lagi akan turun naik.
“Peniaga mata wang pun tidak dapat turunkan nilai ringgit dengan menjual ringgit dengan banyaknya untuk jatuhkan nilainya,” katanya dalam kenyataan.