Ringgit diramal kekal dalam tekanan berbanding dolar

September 14, 2022 · Isu semasa

Ringgit akan kekal dalam tekanan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan jurang kadar yang melebar, manakala kadar dana persekutuan AS akan menjadi lebih tinggi berbanding Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjelang minggu depan, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli.

Beliau berkata pasaran memberikan reaksi terhadap data terkini Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang menunjukkan inflasi negara itu kekal tinggi walaupun harga minyak lebih rendah pada Ogos 2022 dan kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) sejak beberapa bulan lepas, menurut laporan Bernama.

“Senario ini menunjukkan inflasi AS masih belum mencapai kemuncak dan Fed dijangka meneruskan kenaikan sebanyak 75 mata asas (bps) lagi dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Firdaos berkata jurang hasil Perbendaharaan tiga tahun dan 10 tahun AS telah mengecil sebanyak 14 bps (setakat ini) — satu isyarat awal kepada kemelesetan di AS.

“Sehubungan itu, pasaran turut menjangkakan kemelesetan di AS yang lebih awal daripada jangkaan berikutan terdapat isyarat lemah di pasaran buruh AS.

“Sentimen keseluruhan dipacu terutamanya oleh AS pada masa ini,” katanya.

Data IHP AS mendapati inflasi adalah lebih tinggi daripada jangkaan pada 8.3 peratus berbanding ramalan 8.1 peratus.

Pada Selasa, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini.

Beliau berkata prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia.

Ringgit terus merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS sewaktu dibuka hari ini, seiring dengan harga minyak lebih rendah berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat.

Pada 11 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.5240/5260 berbanding dolar AS daripada 4.5070/5085 ketika ditutup semalam.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
24 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok