Ringgit diniagakan kukuh pagi ini

January 10, 2022 · Isu semasa

Ringgit mencatat peningkatan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, susulan pengumuman data ekonomi negara maju itu minggu lalu yang kurang memberangsangkan, biarpun harga minyak mentah merosot, kata peniaga.

Pada jam 9.07 pagi ini, ringgit disebut harga pada paras 4.2000/2030 berbanding dolar AS daripada 4.2070/2080 pada akhir urus niaga Jumaat lepas, lapor Bernama.

Menurut peniaga, data penggajian bukan perladangan AS menunjukkan ekonomi negara itu hanya menyaksikan pertambahan 199,000 pekerjaan pada bulan lepas dan susut berbanding 249,000 pada November 2021.

“Walaupun indeks dolar AS susut berikutan laporan pekerjaan AS pada Disember lepas, dolar AS sebaliknya berkemungkinan tidak mengalami kesan berbanding ringgit pada minggu ini dan dijangka diniagakan pada paras 4.21 berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron,” katanya.

Beliau berkata, ringgit juga berkemungkinan menyaksikan satu lagi pusingan jualan sekiranya kadar inflasi AS kembali melonjak dan disusuli dengan tindakan Rizab Persekutuan AS melaksanakan normalisasi dasar dengan lebih awal.

Sementara itu, setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, berkurangan 0.37 peratus kepada AS$81.45 setong.

Pada sesi awal pagi ini, ringgit diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0983/1007 daripada 3.0958/0981 pada akhir Jumaat lepas dan rendah berbanding yen pada 3.6342/6371 daripada 3.6320/6336.

Ringgit juga susut berbanding pound Britain kepada 5.7091/7131 daripada 5.6999/7037 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding euro kepada 4.7691/7725 daripada 4.7602/7640.

Berita berkaitan
Faedah hutang 1MDB RM1.57 bilion tahun ini sudah dibayar kerajaan
August 2, 2022· Isu semasa
Ringgit dijangka merosot berbanding dolar AS minggu depan
July 23, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
July 21, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup pada paras terendah dalam tempoh 27 bulan
July 14, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal LCS: Duit hangus kapal tak sampai, kata Fahmi kepada Najib
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
8 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
8 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
9 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok