Ringgit diniaga RM4.38 ke RM4.40 berbanding dolar AS minggu depan

May 21, 2022 · Isu semasa

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.38 hingga RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan kerana pelabur mempertimbangkan untuk mengurangkan pendedahan dolar AS bagi tempoh lamam dalam mata wang negara-negara kumpulan G-10.

Ia berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan kemelesetan global, kata seorang penganalisis, lapor Bernama.

G10 adalah kumpulan negara maju, antara negara-negara anggotanya termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Perancis.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pengurangan pada kedudukan tempoh lama dolar AS mungkin akan memasuki ke pertukaran asing (FX) Asia dan mengukuhkan ringgit berbanding dolar AS.

Beliau berkata peniaga menjangkan akan berlaku kemelesetan, justeru pertumbuhan AS dan data ekonomi akan terus berada di bawah tumpuan pasaran.

“Memandangkan peniaga kini menetapkan harga dala kemelesetan, kadar faedah Rizab Persekutuan AS (US Fed) untuk akhir 2023 dan 2024, mula ditetapkan lebih rendah dan pasaran menjangkakan tiada kenaikan 75 mata asas kenaikan kadar AS pada Julai,” katanya kepada Bernama.

“Ini akan menjadi kurang menguntungkan untuk dolar AS. Saya rasa itu juga boleh menyebabkan dolar-ringgit AS bergerak lebih rendah berikutan kelemahan dolar AS. Justeru, ringgit boleh mengukuh.

“Selain itu, saya berpendapat bahawa pengurangan kadar faedah oleh China memberi isyarat bahawa negara itu akan membuka semula ekonomi, saya menjangkakan ringgit didagangkan pada paras lebih baik dan bergerak ke paras RM4.38, jadi saya mengunjurkan jajaran antara RM4.38 hingga RM4.40 (berbanding dolar AS) minggu depan.”

Bagaimanapun, Innes berkata jika data ekonomi AS kembali pulih, ia boleh menghentikan aliran menaik pertukaran asing Asia.

Bagi minggu baru berakhir, pergerakan ringgit berbanding dolar AS dipengaruhi oleh yuan China dan kebimbangan terhadap kemelesetan global. Komen Fed AS mengenai mengurangkan tekanan harga, jangkaan pembukaan semula ekonomi di Shanghai dan pengurangan kadar faedah oleh China turut memainkan peranan.

Bagi asas mingguan, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang AS pada 4.3870/3910 pada Jumaat berbanding 4.3980/3995 minggu sebelumnya.

Unit tempatan didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama pada asas Jumaat ke Jumaat.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1845/1879 daripada 3.1482/1497 minggu sebelumnya dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.4732/4782 daripada 5.3568/3586 minggu lepas.

Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.6445/6488 daripada 4.5625/5640 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.4236/4270 daripada 3.4127/4142 sebelumnya.

Pasaran akan ditutup pada Isnin sempena sambutan Hari Wesak.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Jangkitan baharu Covid-19 melonjak melepasi 6,000 kes
November 10, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Jangkitan di lapan negeri naik, 11 kes positif Covid-19 di PPS
December 27, 2021
Kenapa tiada tindakan terhadap Ramasamy seperti pemain hoki wanita kena?
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok