Ringgit diniaga pada paras RM4.50 berbanding dolar AS

May 18, 2023 · Isu semasa

Nilai ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pagi ini kerana pergerakan dolar AS telah terjejas disebabkan kebimbangan terhadap siling hutang Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5230/5280 berbanding dolar AS daripada kadar penutup semalam 4.5250/5275, menurut laporan Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat ahli-ahli politik AS akan berusaha menyelesaikan kebuntuan ini kerana mereka perlu memastikan ekonomi terus mengekalkan pertumbuhan.

“Cuma, situasi politik boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam pasaran kewangan,” katanya kepada Bernama sambil menambah sehubungan itu, ringgit dijangka sedikit stabil hari ini.

Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata gandingan USD/MYR mungkin bergerak secara mendatar menjelang pengeluaran data Tuntutan Pengangguran Awal AS bersama-sama Indeks Pembuatan Persekutuan Philadelphia AS.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan lemah berbanding pound Britain kepada 5.6456/6518 berbanding 5.6300/6331 pada penutup Rabu dan susut berbanding euro menjadi 4.9034/9088 daripada 4.9006/9033 semalam, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2907/2945 daripada 3.3039/3060 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean.

Mata wang tempatan bergerak mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 304.1/304.6 daripada 304.2/304.6 pada penutup Rabu, merosot kepada 3.3696/3736 berbanding dolar Singapura daripada 3.3693/3714 semalam, susut berbanding peso Filipina pada 8.07/8.09 daripada 8.05/8.06 dan rendah berbanding baht Thai kepada 13.2136/2343 daripada 13.2059/2182 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023· Isu semasa
Ringgit kekal momentum kejatuhan diheret sentimen pelabur di AS
May 31, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi, paras RM4.60
May 30, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
16 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok