Ringgit dijangka merosot berbanding dolar AS minggu depan

July 23, 2022 · Isu semasa

Ringgit dijangka meneruskan kemerosotan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan disebabkan inflasi tinggi, menurut seorang penganalisis.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mungkin turut bergelut untuk mengekalkan kenaikan berikutan pelbagai risiko negatif, contohnya kebimbangan mengenai peningkatan kes Covid-19 di China, lapor Bernama.

“Mengambil kira korelasi kukuh ringgit dengan yuan China, ringgit mungkin diniagakan rendah berikutan peniaga bersedia untuk kemungkinan aliran keluar pasaran saham serantau yang boleh berlaku apabila Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi melawat Taiwan pada Ogos,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pasaran juga akan mengalami satu lagi kenaikan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu depan dan Rizab Persekutuan AS dijangka meningkatkan kadar sebanyak 75 mata asas lagi pada 27 Julai ini.

“Ini boleh menyebabkan ringgit mendatar sehingga FOMC tidak memberi pengaruh ketara terhadapnya.

“Kebimbangan saya ialah kita boleh terbabit dengan kemelesetan global yang singkat dan mungkin menjejaskan pengeksport Asia,” katanya.

Melihat kepada ketidaktentuan itu, Innes berkata ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.4475-RM4.4575 pada minggu depan.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen itu telah dipengaruhi oleh pengukuhan ringgit.

Ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.4515/4545 pada Jumaat berbanding 4.4480/4505 pada minggu sebelum ini.

Berasaskan Jumaat hingga Jumaat, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2011/2038 daripada 3.1688/1710 sebelum ini.

Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.2389/2413 daripada 3.2048/20699 sebelum ini, susut berbanding pound Britain kepada 5.3187/3222 daripada 5.2629/2658 dan merosot berbanding euro kepada 4.5201/5231 daripada 4.4662/4687 minggu lepas.

Berita berkaitan
Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah
January 27, 2023· Dunia
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
January 17, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut ke paras RM4.40 berbanding dolar
December 13, 2022· Isu semasa
Sokongan Melayu terhadap BN merosot : Kajian
November 4, 2022· Politik
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
8 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
9 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
10 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
18 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok