Ringgit dijangka mengukuh

December 30, 2021 · Isu semasa

Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.3 peratus kepada 95.910 mata dengan sentimen mengambil risiko yang menjadi semakin ketara, menurut penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik 115 mata asas (bps) kepada 4.1685/1725 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1805 sewaktu ditutup pada Rabu, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) ditutup pada paras tertinggi sepanjang masa kepada 36,488 mata, manakala hasil Perbendaharaan AS 10-tahun meningkat hampir tujuh mata asas untuk ditutup kepada 1.55 peratus malam tadi.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka dalam kedudukan lebih kukuh hari ini,” katanya.

Selain itu, beliau percaya kebimbangan terhadap Omicron yang semakin reda dan harapan yang tinggi ke atas pembukaan semula ekonomi yang mampan mungkin mengekang jangkaan prospek yang lebih baik pada 2022.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain kecuali yen Jepun yang meningkat kepada 3.6248/6286 daripada 3.6348/6355 ketika ditutup pada Rabu.

Unit tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.7317/7362 daripada 4.7150/7156, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.6262/6316 daripada 5.6062/6069,dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0862/0896 daripada 3.0856/0864 sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok