Ringgit dijangka lepasi paras RM4.70 minggu hadapan

October 15, 2022 · Isu semasa

Tren penyusutan ringgit dijangka berterusan dalam dagangan pada minggu hadapan, ia selepas nilai mata wang negara itu merosot sepanjang minggu ini.

Penganalisis kewangan menjangkakan nilai ringgit akan melepas paras RM4.70 berbanding dolar pada minggu hadapan, ia selepas kerajaan diterajui UMNO-Barisan Nasional (BN) mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada masa terdekat.

Menurut laporan, nilai ringgit dijangka berlegar sekitar 4.69 dan 4.72, berikutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada yang diramalkan semasa September lepas

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pasaran tidak melihat kemungkinan ringgit akan meningkat semula berbanding dolar US selepas indeks harga pengguna (IHP) AS yang agak mantap bakal menjadi faktor utama kenaikan kadar faedah yang lebih agresif oleh Rizab Persekutuan.

“Risiko politik sekitar pilihan raya akan datang juga telah diketengahkan dalam kelemahan ringgit sepanjang minggu dan ia akan terus memuncak pada minggu akan datang.

“Apa pun, faktor utama di tengah-tengah kelemahan ringgit adalah sistem kewangan serta ekonomi global yang tidak bermaya, yang akhirnya hanya ada satu tempat selamat sebenar di dunia iaitu dolar US,” katanya kepada Bernama.

Innes juga menyatakan bahawa pemecahan pada paras 4.70 semasa Jumaat adalah tidak menyenangkan dan ia mungkin mengakibatkan lebih banyak kelemahan kerana pasaran ekuiti dan bon yang kurang memberangsangkan boleh membawa kepada aliran keluar yang lebih banyak.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berpendapat pada asasnya, ringgit masih dalam keadaan baik dan menjangkakan ia kurang menentu berbanding mata wang Asia lain.

“Data ekonomi terkini dalam laporan ‘Distributive Trade Sales’ serta Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) yang dikeluarkan awal minggu ini menyokong pandangan kami terhadap ringgit,” katanya.

Pertumbuhan IPI menokok kepada 13.6 peratus dari tahun ke tahun, terpantas dalam tempoh 15 bulan, didorong oleh pertumbuhan output pembuatan yang lebih baik iaitu 14.9 peratus dari tahun ke tahun, yang sejajar dengan prestasi eksport yang lebih kukuh.

“Pecutan dalam pertumbuhan IPI juga mencerminkan pertambahan aktiviti pengeluaran pada Julai hingga Ogos 2022, membayangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh menjelang suku ketiga 2022,” katanya.

Ringgit terus melembap untuk minggu yang baru berakhir, dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran.

Pada Jumaat, ringgit susut berbanding dolar US kepada 4.7025/7065 daripada 4.6480/6520 yang direkodkan semasa minggu sebelumnya.

Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3009/3042 daripada 3.2529/2559 sebelum ini, merosot berbanding pound Britain kepada 5.2870/2915 daripada 5.2132/2177 yang disaksikan pada minggu lepas dan jatuh berbanding euro kepada 4.5741/5780 daripada 4.5574/5613.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1836/1867 daripada 3.2084/2116 sebelumnya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
1,576 kes baharu, tiga kematian
December 6, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
17 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok