Ringgit dijangka dalam jajaran kecil berbanding dolar minggu depan

July 9, 2022 · Isu semasa

Ringgit dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil sekitar RM4.42 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan berikutan sentimen pasaran yang bercampur-campur, kata seorang penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minggu depan juga akan menyaksikan pasaran menumpukan perkembangan mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Jun 2022 yang dijangka meningkat kepada 8.7 peratus berdasarkan anggaran awal, daripada 8.6 peratus pada Mei 2022.

Angka rasmi itu akan diumumkan pada 13 Julai depan, lapor Bernama.

Selain itu, beliau berkata pihak Rizab Persekutuan (Fed) AS juga cenderung dengan pandangan bahawa inflasi pada masa ini disebabkan oleh fenomena atau faktor-faktor berkaitannya.

“Ini akan meletakkan pihak Fed sebagai di barisan hadapan dari segi langkah memperketat dasar monetari ketika bank-bank pusat lain kekal terhadap keputusan menaikkan kadar faedah masing-masing,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar AS berikutan kelemahan sentimen akibat pengukuhan mata wang negara maju tersebut.

Ringgit di paras 4.4250/4270 berbanding dolar AS pada Jumaat berbanding 4.4060/4085 pada minggu sebelumnya.

Unit tempatan itu bagaimanapun diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama pada asas Jumaat hingga Jumaat, kecuali bagi yen Jepun yang menyaksikannya susut kepada 3.2577/2595 daripada 3.2483/2504 sebelumnya.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1528/1547 daripada 3.1596/1618 seminggu sebelumnya dan naik berbanding pound Britain kepada 5.2888/2912 daripada 5.3163/3193 serta mengukuh berbanding euro kepada 4.4777/4797 daripada 4.5060/6086, minggu lepas.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar
23 jam lalu· Isu semasa
Dasar monetari proaktif kerajaan jamin ringgit, pasaran kewangan stabil: Zafrul
August 11, 2022· Isu semasa
Kerajaan tidak ada rancangan tambat ringgit: Zafrul
August 11, 2022· Isu semasa
Faedah hutang 1MDB RM1.57 bilion tahun ini sudah dibayar kerajaan
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
38 minit lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan
12 jam lalu · Isu semasa
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok