Ringgit dijangka berdepan tekanan susulan krisis siling hutang AS

May 27, 2023 · Isu semasa

Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar US minggu depan berikutan tarikh akhir ditetapkan pada 1 Jun depan untuk menyelesaikan krisis siling hutang Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, ringgit susut berbanding sekumpulan mata wang utama dalam tempoh tujuh hari, menurut laporan Bernama.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit diniagakan lebih kukuh pada Jumaat selepas beberapa perkembangan positif terhasil dalam perbincangan siling hutang AS, mencetuskan harapan bahawa perjanjian itu boleh dicapai sebelum 1 Jun ini.

Bagaimanapun, jika pasaran terus menetapkan harga dalam prospek pertumbuhan AS yang lebih baik dan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan cenderung menaikkan kadar faedah, ia akan menyebabkan ringgit akan berprestasi rendah, katanya.

“Berdasarkan prospek Fed yang dilihat akan menaikkan kadar faedah, kita boleh melihat ringgit didagangkan pada paras antara 4.59 hingga 4.61 minggu depan.

“Dan jika data AS (ekonomi) kekal sama dan perjanjian siling hutang AS ditandatangani, ini boleh meningkatkan kemungkinan bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah pada bulan Jun,” katanya kepada Bernama.

Mengenai indeks harga pengguna (IHP) Malaysia, Innes berkata inflasi Malaysia menyederhana kepada 3.3 peratus pada April disebabkan oleh harga makanan lebih rendah manakala inflasi teras yang yang tidak termasuk barangan seperti makanan segar dan tenaga, juga jatuh kepada 3.6 peratus tahun ke tahun (Mac: 3.8 peratus).

“Ia adalah berita baik untuk ekonomi yang lebih luas, justeru ringgit didagangkan lebih baik mengikut dorongan tempatan,” tambahnya.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IHP terkini menunjukkan trend disinflasi terus berleluasa.

“Sehubungan itu, Kadar Dasar Semalaman (OPR) harus kekal pada 3.00 peratus sepanjang tahun,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit turun berbanding dolar US kepada 4.5970/6035 berbanding 4.5350/5405 minggu sebelumnya.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2918/2967 daripada 3.2839/2881 sebelumnya, ia berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.6819/6899 daripada 5.6370/6438 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding euro kepada 4.9340/9409 from 4.8978/9037 minggu sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan menguncup berbanding baht Thai kepada 13.2539/2784 daripada 13.1862/2083 dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4012/4062 daripada 3.3715/3758 sebelumnya, ia berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 307.3/307.9 daripada 303.6/304.2 minggu lepas dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.25 daripada 8.14/8.16 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
October 2, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, susut hampiri RM4.70 berbanding dolar
October 2, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
10 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
18 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
19 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
19 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok