Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan

March 11, 2023 · Isu semasa

Ringgit dijangka didagangkan dalam julat terhad pada paras 4.5100-4.5200 berbanding dolar AS menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang keluar pada pertengahan minggu depan.

Mata wang negara berprestasi terburuk dalam kalangan 10 mata wang utama Asia, apabila merosot 4.85 peratus sepanjang Februari lalu, ketika negara ditadbir kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata “pasaran akan bertindak balas berdasarkan laporan inflasi AS”, menurut laporan Bernama.

“Mungkin, tiada sebarang petunjuk baharu yang menghalang ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS daripada mengulas secara terbuka kepada orang awam sebelum tarikh mesyuarat sepatutnya memberikan sedikit kestabilan dalam pasaran mata wang,” katanya kepada Bernama.

Data indeks harga pengguna (CPI) AS akan dikeluarkan minggu depan sebelum FOMC bermesyuarat dari 21-22 Mac.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata prospek kenaikan semula dalam kadar kenaikan Rizab Persekutuan AS (Fed) kembali menjadi tumpuan.

“Hala tuju ringgit akan sangat bergantung pada sama ada data makro AS yang akan datang membolehkan Fed mengekalkan kadar kenaikan 25 mata asas semasanya, yang bermakna senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang kurang memberangsangkan dan data inflasi yang lebih lemah.

“Dalam kes itu, ia boleh memberikan sedikit kelegaan untuk ekuiti Malaysia apabila minyak dan komoditi lain meningkat, terutamanya jika data aktiviti akan datang menyokong keyakinan berkaitan China, (menyebabkan) kekuatan dolar AS baru-baru ini susut,” katanya.

Innes berkata bahawa buat masa ini, risiko cenderung ke arah kadar faedah AS yang lebih tinggi dan dolar AS yang lebih kukuh.

“Pada Jumaat, dagangan agak lengang, dengan ringgit didagangkan secara defensif menjelang pengeluaran data NFP. Saya percaya kita akan menghampiri kemuncak Fed memandangkan inflasi AS dijangka terus menurun.

“Saya fikir ringgit mampu diniagakan lebih baik minggu depan apabila data aktiviti China keluar tetapi data ekonomi AS perlu membantu; ringgit mungkin didagangkan pada 4.5050 hingga 4.5350. Tetapi saya lebih yakin dengan ringgit berbanding konsensus,” katanya.

Kenanga Research berkata mata wang tempatan itu dijangka mengakhiri aliran menurunnya dan didagangkan sedikit lebih kukuh berbanding dolar AS jika aliran CPI AS menurun, dengan tahap rintangan pada 4.4850.

“Sebaliknya, penembusan di atas paras 4.5380 mungkin menandakan lanjutan aliran kenaikan dolar AS,” katanya.

Mata wang tempatan mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berbanding dolar AS.

Pada asas minggu ke minggu, ringgit lebih lemah berbanding dolar AS pada 4.5180/5220 ketika ditutup pada Jumaat berbanding 4.4765/4780 seminggu sebelumnya.

Mata wang tempatan itu juga susut berbanding sekumpulan mata wang utama berbanding minggu sebelumnya.

Ia merosot berbanding pound Britain pada 5.4148/4196 daripada 5.3642/3660 dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.3316/3351 daripada 3.3255/3269.

Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.7823/7865 daripada 4.7487/7503 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.3038/3070 daripada 3.2877/2890.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut pada sesi pagi, kena tempias kejatuhan Credit Suisse
March 16, 2023· Isu semasa
Ringgit, pasaran Bursa ditutup rendah selepas pendakwaan bermotif politik
March 10, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, tren melemah berterusan
March 1, 2023· Isu semasa
Selepas Bajet dibentang, nilai ringgit semakin melemah
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok