
Nilai ringgit turun berbanding euro kepada 4.5620/5660 daripada 4.5372/5392 pada Isnin dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1757/1790 daripada 3.1706/1724 sebelumnya.
Nilai ringgit masih dibawah paras terendah sejak krisis kewangan Asia 24 tahun lalu ketika dibuka pada awal dagangan pagi ini (20 September 2022), walaupun meningkat sedikit ketika ditutup semalam.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5470/5510 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.5495/5515 pada penutup semalam.
Nilai ringgit meningkat semula berbanding dolar AS setelah didorong oleh minat belian baharu, walaupun kadar faedah AS dijangka meningkat, kata seorang peniaga, lapor Bernama.
Bagaimanapun, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS dijangka terus mengukuh berbanding ringgit dengan jangkaan keputusan kadar faedah di AS oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan mengumumkan kenaikan 75 mata asas kadar dasar semalaman (OPR).
Namun, beliau berkata pasaran sudah pun mengambil kira kenaikan sebanyak 75 mata asas OPR dan sekiranya ia berlaku, dolar AS mungkin akan goyah sedikit, sekurang-kurangnya pada permulaannya.
“Sebaliknya, jika kenaikan sebanyak 100 mata asas, ia boleh melonjakkan nilai dolar AS,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.1972/2018 daripada 5.1678/1700 pada penutup semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2299/2332 daripada 3.2261/2278 sebelumnya.
Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.5620/5660 daripada 4.5372/5392 pada Isnin dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1757/1790 daripada 3.1706/1724 sebelumnya.