Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar

September 29, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit kembali tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini selepas mencatatkan penurunan selama lima hari.

Namun begitu, sentimen di pasaran tukaran asing masih tidak menentu disebabkan oleh kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan krisis tenaga Eropah, kata seorang peniaga, menurut laporan Bernama.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6250/6290 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam 4.6285/6310.

Walau bagaimanapun, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz memberi amaran bahawa dolar AS dijangka meneruskan kenaikan berterusan berbanding ringgit, dan pada masa yang sama, keadaan turun naik pasaran yang melampau boleh memberi kesan tempias dan menjejaskan pasaran dengan ketara.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 4.4812/4850 daripada 4.4184/4208 semalam, lega berbanding pound Britain kepada 4.9978/5.0021 daripada penutupan Rabu pada paras 4.9409/9436 dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2187/2220 daripada 3.1954/1975.

Ringgit turut merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2058/2088 daripada 3.1974/1993 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
4 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok