Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar

August 17, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS apabila permintaan terhadap dolar AS berhenti seketika untuk semalaman berikutan pasaran saham Amerika Syarikat yang bercampur-campur, kata penganalisis.

Dilaporkan bahawa beberapa saham AS mengurangkan keuntungan masing-masing meskipun kebanyakannya ditutup tinggi, lapor Bernama.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4630/4660 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.4660/4680.

Bagaimanapun, keuntungan yang diraih ringgit dihadkan oleh data permit bangunan di AS yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata ini menunjukkan bahawa pasaran hartanah di AS lebih ‘panas’ daripada jangkaan dan ini boleh menjuruskan kepada inflasi dalam jangka pendek dan sederhana.

Sementara itu, berbanding sekumpulan mata wang utama lain, ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya lebih rendah.

Mata wang tempatan susut sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.2378/2405 daripada 3.2346/2365 pada penutup Selasa dan meningkat sedikit berbanding yen Jepun pada 3.3276/3301 daripada 3.3284/3301 sebelumnya.

Ringgit menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.4025/4061 daripada 5.3686/3710 semalam dan lemah berbanding euro pada 4.5384/5415 daripada 4.5258/5279 pada penutup Selasa.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar
September 14, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar
September 12, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
15 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
15 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
15 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
21 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
14 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok