Ringgit dibuka tinggi pagi ini, bursa pula diniagakan rendah

July 14, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit terus meningkat untuk dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini (14 Julai 2022), namun Bursa Malaysia pula dibuka rendah untuk seketika tetapi kemudiannya bergerak bercampur-campur.

Peningkatan nilai ringgit berlaku susulan minat belian yang berterusan, walaupun terdapat prospek aliran menurun bagi mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4350/4390 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.4360/4385, lapor Bernama

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS menunjukkan trend positif, disokong oleh pengeluaran data Indeks Harga Pengguna (CPI) yang melebihi jangkaan pada 9.1 peratus berbanding unjuran 8.8 peratus.

“Ini adalah peningkatan inflasi terbesar sejak November 1981, sekali gus membuka ruang untuk langkah yang lebih teruk oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang mungkin mempercepatkan lagi kenaikan kadar faedah AS.

“Sekiranya kadar faedah meningkat dengan cepat di AS, ini akan menyebabkan negara-negara lain mula menjual mata wang tempatan mereka untuk membeli lebih banyak dolar dan kemudian membeli bon kerajaan AS,” katanya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.2599/2647 daripada 5.2753/2783 pada hari Rabu, meningkat berbanding euro menjadi 4.4456/4497 daripada 4.4524/4549 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2159/2190 daripada 3.2358/2379 semalam.

Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura pada 3.1781/1816 daripada 3.1559/1582 sebelumnya.

Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka rendah untuk seketika tetapi kemudiannya bergerak bercampur-campur pada pagi urus niaga Khamis apabila aktiviti memburu saham berharga murah muncul, walaupun terdapat petunjuk negatif daripada pasaran ekuiti global, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.55 mata kepada 1,412.87 daripada penutup semalam pada 1,411.32.

Indeks barometer itu dibuka 2.49 mata lebih rendah kepada 1,408.83.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 131 berbanding 112, manakala 203 kaunter tidak berubah, 1,830 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 95.71 juta unit bernilai RM39.55 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, Wall Street merosot apabila inflasi AS mencecah paras tertinggi 40 tahun pada 9.1 peratus, memburukkan lagi kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menjadi agresif dengan kenaikan kadarnya.

Di pasaran tempatan, beliau berkata sentimen dalam pasaran kekal berhati-hati, tetapi aktiviti memburu saham berharga murah dijangka berlaku apabila indeks penanda aras semakin menghampiri tahap sokongannya pada 1,400.

“Kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,405-1,425 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB kekal tidak berubah, masing-masing mencatatkan RM8.61 dan RM5.09, Public Bank susut satu sen kepada RM4.36, Petronas Chemicals menambah tiga sen menjadi RM7.91 sementara IHH Healthcare naik empat sen kepada RM6.46 .

Bagi saham aktif, Metronic meningkat 1.5 sen kepada 8.5 sen, MAG dan Borneo Oil kekal tidak berubah, masing-masing pada 18 sen dan 2.5 sen, dan XOX Networks naik satu sen kepada tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 10.80 mata menjadi 10,034.40, Indeks FBM Emas Syariah menambah 17.81 mata kepada 10,057.73, FBM 70 lebih tinggi sebanyak 18.46 mata kepada 12,055.86, Indeks FBMT 100 mengukuh 11.76 mata kepada 9,797.73 dan FBM ACE meningkat 31.16 mata menjadi 4,570.14.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 11.93 mata kepada 16,008.27, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.63 mata kepada 167.34 manakala Indeks Perladangan lemah 17.43 mata kepada 6,669.27.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok