Ringgit dibuka tinggi pada awal dagangan

May 27, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, susulan perkembangan positif di Shanghai menjelang pembukaan semula ekonominya, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3920/3945 berbanding dolar AS daripada 4.3950/3990 ketika ditutup pada Khamis, menurut laporan Bernama.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pertukaran mata wang asing Asia akan mengambil petunjuk daripada yuan memandangkan ia akan menjadi isyarat pemulihan ekonomi.

“Itu akan menjadi petanda paling jelas bahawa ekonomi dalam pesisir China sedang bertambah baik atau pembuat dasar sedang merancang untuk menyesuaikan dasar sifar Covid-19 mereka agar lebih liberal,” katanya kepada Bernama.

Shanghai akan menarik balik perintah sekatan pergerakan Covid-19 pada 1 Jun.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketidaktentuan ekonomi berikutan gangguan bekalan boleh mengancam kadar pemulihan ekonomi.

“Justeru, dolar-ringgit akan terus menunjukkan dagangan dalam julat kecil hari ini,” katanya.

Ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1988/2011 daripada 3.1987/2018 ketika ditutup pada Khamis dan rendah berbanding pound British kepada 5.5436/5467 daripad 5.5377/5427.

Ringgit juga turun berbanding euro kepada 4.7170/7197 daripada 4.7079/7122 semalam bagaimanapun, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.4577/4600 daripad 3.4677/4712.

Berita berkaitan
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022· Isu semasa
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022
Baling bah: Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Inas
July 5, 2022
Saksi kata Syed Saddiq arah agih wang ketika SPRM sedang siasat
July 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit susut berbanding dolar AS
22 minit lalu · Isu semasa
PM arah bantuan bencana segera dihantar ke Baling
3 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Wanita didakwa buat hantaran gambar lucah di Twitter
4 jam lalu · Isu semasa
MB Johor beri keterangan kepada PAC berhubung isu tanah MINDEF
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Banjir di Baling, penduduk dakwa jadi mangsa Projek Musang King
8 jam lalu
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok