Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar

May 30, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, didorong minat belian baharu di tengah-tengah sentimen risiko di China dan pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) menjelang minggu ini, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3730/3755 berbanding dolar AS daripada 4.3775/3800 pada penutup Jumaat, lapor Bernama.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata minggu ini merupakan minggu yang sangat penting, dipenuhi data ekonomi AS yang akan menerangkan hala tuju pertumbuhan jangka masa terdekat serta prospek pasaran buruh Rizab Persekutuan (Fed) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada 15 Jun.

“Jadi, saya merasakan peniaga akan memberi perhatian kerana sebarang kelemahan dalam data akan mengurangkan peluang Fed untuk menaikkan kadar secara agresif dan boleh melemahkan sedikit dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga mengunjurkan ringgit akan terikat dalam julat yang ketat dan pertukaran mata wang asing Asia kekal dalam mod tunggu dan lihat.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1959/1980 daripada penutup Jumaat pada 3.1962/1982 dan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.4409/4431 daripada 3.4450/4472.

Bagaimanapun, nilai ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 5.5222/5254 daripada 5.5170/5201 dan susut berbanding euro kepada 4.6922/6949 daripada 4.6905/6932.

Berita berkaitan
Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan
June 18, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, prestasi lemah berbanding dolar AS
June 14, 2022· Isu semasa
Pakar ramal ringgit kembali mengukuh menjelang akhir tahun
June 3, 2022· Isu semasa
Dr Mahathir pertahan cadangan tambat ringgit, elak krisis
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
8 minit lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
9 minit lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
13 minit lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
18 minit lalu · Isu semasa
MoF sentiasa tingkat subsidi kepada rakyat: Tengku Zafrul
31 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
2 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok