Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam

September 30, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka agak tinggi berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut di tengah-tengah sentimen pasaran yang lemah, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6350/6395 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada paras 4.6380/6425, menurut laporan Bernama.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pelabur terus menjauhi aset berisiko seperti saham dan mata wang lain dan mencari perlindungan dengan mendapatkan dolar AS serta bon kerajaan Amerika Syarikat.

Beliau turut menjelaskan pasaran tukaran asing banyak dipengaruhi oleh pengeluaran data pekerjaan di AS dan inflasi yang meruncing di Jerman.

“Di AS, data Tuntutan Pengangguran Awal yang lebih rendah daripada jangkaan menunjukkan pasaran buruh adalah kukuh kerana ia bergerak pada tahap yang sama seperti yang dilihat sebelum pandemik.

“Pasaran pekerjaan yang kukuh memberi ruang kepada Rizab Persekutuan AS untuk mengetatkan lagi dasar kewangan selanjutnya melalui kenaikan kadar faedah,” katanya dalam nota.

Diniz menambah kadar inflasi di Jerman kini berada pada paras tertinggi dalam tempoh lebih 50 tahun, sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang ekonomi Kesatuan Eropah.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan terus menyusut berbanding euro kepada 4.5544/5588 daripada 4.4951/4995 pada penutupan urus niaga Khamis, lega berbanding pound Britain menjadi 5.1736/1786 daripada 5.0392/0441 dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2358/2394 daripada 3.2228/2264 sebelumnya.

Namun begitu, ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2034/2067 daripada 3.2050/2084 pada penutupan urus niaga semalam.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok