Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, Bursa Malaysia pulih

August 9, 2022 · Isu semasa

Minat belian diperbaharui dalam kalangan pelabur mendorong nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini (Selasa, 9 Ogos 2022), kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.455/459 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin 4.4570/4600, menurut Bernama.

Bagaimanapun, penganalisis itu berkata prestasi positif ringgit bagi sesi pagi dihadkan oleh kejatuhan harga minyak mentah apabila penanda aras minyak mentah Brent merosot sebanyak 0.41 peratus kepada US$96.25 setong.

Beliau berkata dolar AS diunjurkan untuk mengukuh sekiranya angka inflasi terus meruncing dan ini sebaliknya mencetuskan jangkaan bahawa kenaikan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan berubah agresif pada bulan September.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2301/2333 daripada penutup Isnin pada 3.2309/2333, mengukuh berbanding pound Britain pada 5.3803/3865 daripada 5.3872/3908 dan meningkat berbanding euro pada 4.5401/5446 daripada 4.5408/5438 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit telah menyusut nilai berbanding yen Jepun pada 3.3027/3069 daripada 3.3010/3035 semalam.

Sementara itu, kemunculan kegiatan memburu saham murah dengan pembelian kebanyakannya dikesan membabitkan saham wajaran tinggi yang diterajui oleh Public Bank, mendorong dagangan di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini selepas mengalami kerugian selama dua hari berturut-turut.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.15 mata kepada 1,499.18 daripada 1,496.03 pada penutupan urus niaga Isnin.

Indeks utama itu memulakan dagangan dengan 2.49 mata lebih tinggi untuk mencatatkan paras 1,498.52.

Public Bank melonjakkan indeks komposit sebanyak 1.32 mata selepas meningkat empat sen kepada RM4.68 dengan 383,800 saham bertukar tangan.

Pergerakan harga di pasaran adalah positif, menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 110 berbanding 92, manakala 201 kaunter tidak berubah, 1,870 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan yang direkodkan adalah sebanyak 152.39 juta unit bernilai RM36.45 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata beliau menjangkakan FBM KLCI akan bergerak stabil dalam julat 1,490-1,500 hari ini.

Beliau menambah harga minyak sawit mentah (MSM) kekal dalam aliran menaik dan berakhir pada RM4,070 satu tan, menjejaki kenaikan harga minyak kacang soya.

“Sekiranya ini berterusan, kami menjangkakan minat belian ke atas saham perladangan akan muncul kerana ringgit yang lemah pada masa ini turut menjadi pemangkin kepada harga MSM,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok dua sen kepada RM8.90, Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM8.74 dan Tenaga naik tiga sen menjadi RM8.38, manakala IHH Healthcare dan CIMB tidak berubah, masing-masing mencatatkan harga RM6.41 dan RM5.28.

Bagi saham aktif, G3 Global meningkat 1.5 sen kepada 5.5 sen, B.I.G Industries naik lima sen kepada 81 sen, dan Olympia dan Top Glove masing-masing menambah satu sen kepada lapan sen dan 99.5 sen, manakala Ho Wah susut setengah sen kepada 14.5 sen dan Hextar lemah satu sen kepada 35 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meraih 18.95 mata kepada 10,642.53, Indeks FBMT 100 lebih tinggi sebanyak 17.77 mata kepada 10,389.6, Indeks FBM Emas Syariah menokok 4.14 mata kepada 10,771.23 dan FBM 70 mengembang 5.36 mata kepada 12,757.19.

Bagaimanapun, FBM ACE susut 3.0 mata kepada 4,852.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 50.9 mata kepada 16,703.68, Indeks Tenaga menambah 1.78 mata kepada 654.31, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.05 mata kepada 182.58 dan Indeks Perladangan susut 13.72 mata kepada 7,107.41.

Berita berkaitan
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
11 jam lalu· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
11 jam lalu· Isu semasa
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
18 jam lalu· Politik
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
19 jam lalu· Isu semasa
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
10 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
11 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
11 jam lalu · Isu semasa
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
13 jam lalu · Isu semasa
RM5 juta dana awam dan kerajaan negeri untuk hadapi banjir di Selangor
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
7 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok