Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS

May 8, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Ameria Syarikat (AS) pada Isnin memandangkan data pekerjaan AS yang kukuh meredakan kebimbangan terhadap kemelesetan di sana dan mendorong permintaan ke atas dolar.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.4370/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4350/4400 ketika ditutup pada Jumaat lepas, menurut laporan Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walau bagaimanapun, memandangkan ringgit masih terlebih jual dari sudut pandang teknikal, peningkatan ringgit berbanding dolar AS seterusnya boleh dijangkakan.

“Paras sokongan semasa adalah pada RM4.4254 dan ringgit mungkin cenderung kepada paras itu berbanding dolar AS,” katanya.
Pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2023 Malaysia pada Jumaat akan dipantau dengan teliti, katanya.

“Kami mengunjurkan pertumbuhan KDNK mungkin mencapai 5.5 peratus. Unjuran sedemikian adalah berdasarkan penggunaan swasta yang lebih kukuh memandangkan pasaran buruh terus pulih,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding pound British kepada 5.6044/6145 berbanding 5.5908/5971 pada Jumaat lalu dan susut berbanding euro kepada 4.8909/8997 daripada 4.8900/8955.

Walau bagaimanapun, unit domestik meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2884/2945 daripada 3.3050/3090 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3467/3532 daripada 3.3464/3507 pada Jumaat lepas dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 302.2/302.9 daripada 302.1/302.6.

Ringgit naik berbanding baht Thai kepada 13.0924/1229 daripada 13.1446/1661 serta meningkat peso Filipina kepada 8.01/8.03 daripada 8.02/8.03.

Berita berkaitan
Ringgit rendah berbanding dolar AS
21 jam lalu· Isu semasa
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
21 jam lalu· Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
1 jam lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
16 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok