Ringgit dibuka rendah, tren melemah berterusan

March 1, 2023 · Isu semasa

Nilai ringgit terus lemah berbanding dolar AS pagi ini berikutan kebimbangan pasaran mengenai inflasi Amerika Syarikat yang akan menentukan langkah seterusnya Rizab Persekutuan.

Tren melemah nilai ringgit berterusan sejak pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat lepas walaupun terdapat pelbagai inisiatif diumumkan kerajaan campuran.

Pada 9.28 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4930/4980 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada paras 4.4850/4895, menurut laporan Bernama.

Ketua Ekonomi & Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar inflasi AS sangat menjurus ke arah trend menaik.

Beliau berkata Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi teras telah meningkat berbanding jangkaan pada Januari kepada 4.7 peratus berbanding unjuran pasaran sebanyak 4.3 peratus.

“Ini telah memberikan kekuatan selanjutnya kepada indeks dolar AS yang kini berlegar melebihi 105 mata.

“Paras rintangan gandingan dolar-ringgit adalah sekitar RM4.52 pada masa ini. Ia mungkin berlarutan di sekitar paras itu dalam tempoh terdekat berikutan pendirian Rizab Persekutuan yang lebih cenderung kepada menaikkan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.7513/7566 daripada 4.7572/7620 semalam, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4028/4088 daripada 5.4152/4206, tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.2954/2993 daripada 3.2799/2835.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang Asean lain.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3304/3343 daripada 3.3247/3285 pada Selasa, jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.7494/7693 daripada 12.6892/7073, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 294.30/294.80 daripada 293.80/294.30 dan lebih rendah berbanding peso Filipina kepada 8.13/8.15 daripada 8.10/8.12 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut pada sesi pagi, kena tempias kejatuhan Credit Suisse
March 16, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan
March 11, 2023· Isu semasa
Ringgit, pasaran Bursa ditutup rendah selepas pendakwaan bermotif politik
March 10, 2023· Isu semasa
Selepas Bajet dibentang, nilai ringgit semakin melemah
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok