Ringgit dibuka rendah, tak mustahil cecah RM4.70 berbanding dolar

May 26, 2023 · Isu semasa

Ringgit kekal di bawah tekanan ketika hasil pebincangan mengenai had siling hutang Amerika Syarikat (AS) terus mencetuskan ketidaktentuan yang ketara.

Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam yang mencatat paras terendah dalam tempoh enam bulan, menurut laporan Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tindakan Fitch Ratings menyenaraikan dana berdaulat kerajaan AS dalam Pemantauan Penarafan Negatif selanjutnya, hanya menunjukkan potensi penurunan penarafan yang terus ketara.

‘’Ini mungkin menjadi sebab mengapa pulangan hasil kertas 10 tahun Perbendaharaan AS yang tinggi menghampiri lapan mata asas kepada 3.82 peratus.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan ketidaktentuan akan terus ketara dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata gandingan ringgit-dolar AS kekal lemah dengan kadar perukaran ditutup lebih rendah sebanyak 0.72 peratus semalam berbanding sehari sebelumnya, sekali gus melepasi paras rintangan sebelum ini pada 4.7495.

Dari segi carta teknikal, beliau menjangkakan tahap rintangan seterusnya pada 4.7495.

‘’Masih belum jelas sama ada Kongres AS akan bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang tidak lama lagi.

“Aspek politik juga bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan ketika pihak Republikan berkemungkinan dilihat hanya memanfaatkan keadaan selepas kadar sokongan terhadap presiden terus rendah.

“Atas alasan itu, perincian perjanjian terbabit adalah penting kerana membabitkan aspek mengenai potongan perbelanjaan dan kesannya terhadap pertumbuhan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini data dilihat agak positif dengan Tuntutan Awal Pengangguran AS susut kepada 229,000 minggu lepas berbanding 242,000 sebelum ini manakala anggaran kedua bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2023 negara maju itu menokok 1.3 peratus berbanding unjuran 1.1 peratus.

Susulan itu, katanya, dolar AS dijangka terus mendapat permintaan tinggi.

Di peringkat tempatan, pelabur akan memantau data inflasi April 2023 yang akan diumumkan hari ini.

Sebelum ini, inflasi Mac 2023 turun kepada 3.4 peratus daripada 3.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya lebih mengukuh berbanding mata wang utama kecuali berbanding euro yang susut kepada 4.9635/9662 daripada 4.9630/9673 pada sesi akhir urus niaga semalam.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun pada 3.3086/3106 daripada 3.3141/3172 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7026/7057 daripada 5.7247/7296.

Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur mata wang Asean lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.4168/4191 daripada 3.4202/4237 semalam dan naik berbanding baht Thailand pada 13.3306/3440 daripada 13.3602/3776.

Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding rupiah Indonesia kepada 309.4/309.8 daripada 309.2/309.6 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.25/8.26.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023· Isu semasa
Ringgit kekal momentum kejatuhan diheret sentimen pelabur di AS
May 31, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi, paras RM4.60
May 30, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
41 minit lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok