Ringgit dibuka rendah pagi ini

January 6, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sokongan belian yang kukuh terhadap mata wang itu, disokong oleh data pekerjaan AS yang lebih baik.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1970/2005 berbanding dolar AS daripada 4.1930/1955 pada Rabu, lapor Bernama.

Menurut data Perubahan Pekerjaan Bukan Ladang ADP AS, sebanyak 807,000 pekerjaan dalam sektor swasta AS diwujudkan berbanding 400,000 yang diunjurkan.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata ini mempunyai potensi untuk mempercepatkan lagi pemulihan ekonomi di AS dan meningkatkan kadar menarik balik rangsangan kewangan semasa.

Beliau berkata, ini menunjukkan dasar monetari yang diguna pakai oleh Rizab Persekutuan AS memberi impak yang positif.

“Dari perspektif makroekonomi, data senarai gaji bukan ladang AS, yang akan dikeluarkan pada Jumaat, dapat mengesahkan peringkat tinggi pekerjaan baharu yang diwujudkan dan dapat memberikan lebih kekuatan kepada dolar AS berbanding mata wang lain.

“Dari aspek teknikal, jika ringgit-dolar AS dapat melepasi 4.1950, unit tempatan boleh merosot kepada 4.2450 hanya dalam tempoh beberapa hari,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0919/0950 daripada 3.0924/0939 pada Rabu dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6146/6180 daripada 3.6190/6215.

Mata wang tempatan susut berbanding pound kepada 5.6857/6908 daripada 5.6785/6814 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.7454/7511 daripada 4.7408/7424.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok