Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, Wall Street jejas bursa saham

August 10, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari ini dalam persekitaran sentimen bercampur-campur serta penyusutan harga minyak mentah ke paras bawah US$100 setong, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.4555/4590 berbanding dolar AS daripada paras 4.4548/4589 pada akhir urus niaga semalam, lapor Bernama.

Setakat pagi ini, minyak penanda aras global Brent susut 0.20 peratus kepada US$96.12 setong.

Menurut penganalisis itu, ringgit dijangka terus berdepan tekanan susulan kebimbangan pertumbuhan global, persekitaran kewangan lebih ketat serta langkah Bank Negara Malaysia dalam kenaikan kadar faedah.

Selain itu, MIDF Research menerusi nota tinjauannya hari ini berkata ringgit kekal dinilai lebih rendah berdasarkan kadar pertukaran efektif sebenar dan sebaliknya berkemungkinan mengukuh ke paras RM4.25 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini.

“Memandangkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka bertindak memperlahankan langkah memperketat dasar menjelang akhir tahun, kami berpendapat bahawa sokongan terhadap dolar AS akan terus berkurangan.

“Berikutan itu, pergerakan dalam pasaran kewangan tidak banyak memberi kesan terhadap pasaran mata wang negara sedang pesat membangun,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit misalnya naik berbanding yen Jepun kepada 3.2957/2986 daripada 3.2976/3022 pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.5482/5517 daripada 4.5610/5677, semalam.

Unit tempatan itu turut meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2303/2333 daripada 3.2352/2383 serta mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3773/3816 daripada 5.3969/4005, semalam.

Sementara itu, Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi awal dagangan Rabu, seiring dengan pasaran serantau ketika sentimen pasaran diasak oleh penurunan semalaman Wall Street, risiko global seperti ketegangan China-Taiwan serta tekanan inflasi.

Pada 9.07 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.72 mata kepada 1,493.96 daripada 1,497.68 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut 1.96 mata kepada 1,495.72.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 191 berbanding 90 manakala 207 kaunter lain tidak berubah, 1,797 tidak diniagakan dan lapan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 130.47 juta unit bernilai RM53.29 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, berkata Wall Street susut pada akhir dagangan malam tadi berikutan sentimen yang kekal tidak menentu menjelang pengumuman data penting inflasi Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini.

Indeks Purata DJI susut sebanyak 58 mata manakala Nasdaq turun 150 mata ketika hasil Perbendaharaan 10 tahun AS sebaliknya meningkat kepada 2.78 peratus.

Menurutnya, di peringkat tempatan, FBM KLCI kembali kepada kedudukan tidak berubah apabila sentimen pasaran masih terus berhati-hati.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam jajaran kecil sekitar 1,490-1,500. Kami juga percaya terdapat beberapa tekanan jualan bagi saham teknologi susulan kemerosotan semalaman saham teknologi AS.

“Malah, ada kemungkinan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan lagi kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas (bps) dan Bank Negara Malaysia dijangka melaras semula Kadar Dasar Semalaman dengan menaikkan sekurang-kurangnya 25 bps,” katanya.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok