Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, kadar faedah AS dijangka naik

June 9, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan terdapatnya jangkaan akan kenaikan kadar faedah di AS, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3945/3980 berbanding dolar AS daripada 4.3930/3960 pada penutup Rabu, lapor Bernama.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka diniagakan dalam julat ketat hari ini kerana pemain pasaran masih menantikan tindakan selanjutnya penggubal dasar kewangan global.

“Tumpuan adalah pada keputusan dasar monetari ECB yang dijadualkan hari ini. Pada masa yang sama, peserta pertukaran asing masih ‘terperangkap’ dengan keputusan kadar faedah oleh bank pusat utama,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kata sepakat secara umumnya ialah tidak akan ada sebarang perubahan pada kadar faedah penanda aras.

Selain itu, beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan diadakan pada 14 dan 15 Jun.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.2748/2777 daripada 3.2837/2862 dan meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1911/1941 berbanding penutupan semalam (Rabu) pada 3.1928/1952.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.5081/5125 daripada 5.5027/5064 pada Rabu dan lega berbanding euro menjadi 4.7069/7107 daripada 4.7027/7059.

Berita berkaitan
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu· Isu semasa
Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan
June 18, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, prestasi lemah berbanding dolar AS
June 14, 2022· Isu semasa
Pakar ramal ringgit kembali mengukuh menjelang akhir tahun
June 3, 2022· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
8 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
10 jam lalu · Isu semasa
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok