Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, Bursa Malaysia pula tinggi

September 5, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus mencatatkan momentum penurunan sejak minggu lepas untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini (5 September 2022)  berikutan pelabur memberi tindak balas terhadap data pekerjaan AS yang positif yang dikeluarkan minggu lepas, kata penganalisis.

Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.4860/4900 berbanding dolar AS daripada 4.4855/4870 pada Jumaat, lapor Bernama.

Bagaimanapun, menurut Kenanga Research, walaupun laporan pekerjaan AS baik dan jangkaan pasaran mengenai satu lagi kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), unit tempatan dijangka diniagakan kukuh pada paras 4.47-4.48 berbanding dolar AS pada minggu ini.

“Ringgit dilihat mendapat manfaat daripada potensi kenaikan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas oleh Bank Negara Malaysia dan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas oleh Bank Pusat Eropah.

“Bagaimanapun, potensi kelembapan dalam eksport China dijangka menjejaskan yuan, memberikan tekanan penurunan terhadap ringgit,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Kenanga Research berkata ringgit merosot berbanding dolar AS pada minggu lepas, sebahagian besarnya berikutan kekurangan pemangkin yang menyokong ringgit dan prospek ekonomi global yang kurang menggalakkan.

“Indeks USD diniagakan pada paras 108.7-109.7 berikutan kenyataan Pengerusi Fed Jerome Powell yang menyokong kadar faedah tinggi dan krisis tenaga di Eropah yang semakin teruk.

“Selain aliran selamat yang berterusan terhadap dolar AS, ringgit terjejas oleh penurunan yuan yang berterusan (sekitar 6.90 setiap dolar AS) berikutan China melanjutkan sekatan pergerakan di bandar Chengdu,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1968/1998 daripada 3.1996/2009 pada Jumaat dan naik berbanding pound kepada 5.1522/1568 daripada 5.1888/1906.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1977/2007 daripada 3.1950/1963 sebelum ini, bagaimanapun naik berbanding euro kepada 4.4492/4532 daripada 4.4873/4888 pada Jumaat.

Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi lemah di Wall Street, dirangsang oleh momentum pasaran positif yang menyebabkan pengangkutan dan logistik lebih tinggi serta indeks telekomunikasi dan media, kata seorang peniaga.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FBM KLCI telah meningkat 1.88 mata kepada 1,493.06, daripada penutup Jumaat lalu pada 1,491.18.

Indeks penanda aras dibuka 0.85 mata lebih baik pada 1,492.03.

Bagaimanapun, di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 156 berbanding 110, manakala 195 kaunter tidak berubah, 1,825 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 166.7 juta unit bernilai RM46.58 juta.

Berita berkaitan
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
17 jam lalu· Politik
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
33 peratus saham Boustead Plantations dijual untuk selesai hutang: Menteri
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
4 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
5 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok