Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini

August 16, 2022 · Isu semasa

Data ekonomi China yang lemah terus menjejaskan mata wang sedang pesat membangun termasuk menyebabkan nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini (16 Ogos 2022), kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4650/4670 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.4570/4595, lapor Bernama.

Harga minyak turut jatuh berikutan data ekonomi yang mengecewakan daripada pengimport minyak mentah terbesar dunia dan pengguna minyak mentah kedua terbesar di dunia, China.

China mengurangkan kadar dasar utamanya buat kali pertama sejak Januari, menurunkan kemudahan pinjaman jangka sederhana setahun sebanyak 10 mata asas kepada 2.75 peratus.

Ini adalah langkah mengejutkan selepas angka perindustrian runcit, pelaburan untuk bulan Julai negara itu tidak seperti jangkaan ahli ekonomi.

Penanda aras minyak mentah Brent pula susut 1.13 peratus kepada US$94.03 setong.

Dalam pada itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues berkata tumpuan pelabur akan lebih terarah kepada keluaran minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) yang dijadualkan pada hari Rabu.

Beliau berkata dokumen itu sepatutnya menawarkan petunjuk mengenai dasar monetari yang diterima pakai oleh bank pusat AS dalam beberapa bulan akan datang.

“Dari sudut teknikal, gandingan dolar/ringgit kekal dalam zon rintangan dan penembusan di bawah paras 4.4365 boleh memberi ruang kepada penurunan seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2395/2414 daripada 3.2379/2402 pada penutup Isnindan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3521/3539 daripada 3.3393/3415 sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3754/3778 daripada 5.3796/3826 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.5338/5358 daripada 4.5488/5514 semalam.

Berita berkaitan
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Rugi jika bubar MPN
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
53 minit lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
1 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
7 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
7 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok