Ringgit dibuka rendah berbanding dolar

January 17, 2023 · Isu semasa

Ringgit menyusut daripada peningkatan semalam untuk dibuka rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah sentimen lebih kukuh terhadap dolar AS berikutan peniaga kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) selama dua hari bermula esok.

Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.3195/3235 berbanding dolar AS daripada 4.3150/3200 sewaktu ditutup pada Isnin, menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, ekonomi Malaysia telah mempamerkan angka yang baik dengan konsisten sekali gus menarik perhatian pelabur untuk memburu peluang di Asia Tenggara.

Kadar pengangguran di Malaysia telah berkurangan untuk tempoh beberapa bulan kebelakangan ini (3.6 peratus) manakala inflasi pada empat peratus.

Didorong oleh dasar monetari terhad yang dilaksanakan oleh Rizab Persekutuan AS pada beberapa bulan kebelakangan ini, ringgit telah merosot kepada parasnya yang paling lemah berbanding dolar AS sejak 1998 iaitu pada 4.7475.

“Berikutan sifat kitaran pasaran, pergerakan meningkat baru-baru ini memberikan anjakan kukuh yang boleh memacu ringgit kepada 4.000 dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya.

Di dalam negara, pasaran meramalkan MPC BNM akan terus meningkatkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.0 peratus pada mesyuarat minggu ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot kepada 5.2685/2734 berbanding pound Britain daripada 5.2643/2704 sewaktu ditutup pada Isnin serta susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2701/2736 daripada 3.2677/2720.

Ia rendah berbanding euro kepada 4.6767/6811 daripada 4.6693/6747 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3638/3672 daripada 3.3616/3658 sewaktu ditutup semalam.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok