Ringgit dibuka pada paras RM4.72 berbanding dolar, susut sikit

October 12, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS selepas mencatatkan kenaikan dua hari berturut-turut berikutan sentimen berhati-hati walaupun prestasi dolar AS agak lemah.

Indeks Dolar AS (DXY) merosot daripada setinggi 106.01 mata kepada 105.82 mata meskipun Indeks Harga Pengeluar AS bulan September adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7200/7245 berbanding dolar AS daripada penutup Rabu pada 4.7145/7180, lapper Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS 10 tahun turun sebanyak lapan mata asas kepada 4.58 peratus.

Pada masa yang sama, minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menunjukkan bahawa para anggota Rizab Persekutuan percaya satu lagi kenaikan kadar adalah wajar dengan tumpuan ke arah mengekalkan kadar yang stabil selepas itu, katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 5.0136/0184 from 4.9983/5.0020 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.8113/8168 daripada 5.7918/7961 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen pada 3.1644/1676 daripada 3.1711/1737 semalam.

Berbanding mata wang Asia pula, mata wang tempatan diniagakan rendah.

Nilai ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4635/4673 daripada 3.4587/4617 dan rendah berbanding peso Filipina pada 8.32/8.34 daripada 8.30/8.32 pada Rabu.

Ringgit turut merosot berbanding baht Thai untuk mencatatkan paras 12.9842/13.0015 daripada 12.9462/9615 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 300.6/301.0 daripada 300.2/300.6.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok