
Pada jam 9.18 pagi tadi (29 Ogos 2022), mata wang tempatan berada pada 4.4795/4835 berbanding dolar AS daripada penutupan 4.4655/4675 pada Jumaat.
Nilai ringgit meningkat semula untuk dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini (18 Julai 2022), manakala kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada sesi dagangan pagi ini.
Peningkatan semula nilai ringgit itu muncul selepas pelabur mengambil kira kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan minggu depan, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.08 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4440/4490 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lepas pada 4.4480/4505, menurut Bernama.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata tekanan terhadap mata wang tempatan berkurangan selepas tinjauan Universiti Michigan mendedahkan bahawa jangkaan inflasi pada Julai telah mereda berikutan kadar faedah AS yang lebih rendah pada masa ini.
“Bagaimanapun, saya masih mengambil sikap berhati-hati untuk zon euro dan kemungkinan berlakunya kemelesetan, yang mana ini akan menyokong dolar AS di peringkat global kerana ia adalah wang selamat,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.1806/1847 daripada 3.1688/1710 Jumaat lepas dan lemah berbanding yen Jepun menjadi 3.2161/2199 daripada 3.2048/2069 sebelumnya.
Nilai ringgit turut turun berbanding pound Britain kepada 5.2835/2894 daripada 5.2629/2658 pada hari Jumaat dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.4867/4917 daripada 4.4662/4687.
Sementara itu, kontrak niaga hadapan FBM KLCI pada Julai 2022 meningkat dua mata kepada 1,419.5, Ogos 2022 dan September 2022 menambah 3.5 mata, masing-masing mencatatkan 1,420.0 dan 1,410.0 manakala Disember 2022 menambah tujuh mata menjadi 1,414.5.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 1,261 lot dengan kepentingan terbuka 36,029 kontrak.
Pada 9.50 pagi, penanda aras FBM KLCI naik 0.39 mata lebih kukuh pada 1,418.83 berbanding 1,418.44 pada penutup Jumaat.