Ringgit, bursa saham dibuka tinggi

August 11, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis (11 Ogos 2022), disokong oleh minat belian yang meningkat walaupun harga minyak mentah mencatatkan penurunan, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4410/4440 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada paras 4.4545/4570.

Penganalisis itu berkata ringgit dijangka melantun semula berbanding dolar AS apabila asas makro Malaysia bertambah baik menjelang akhir tahun, lapor Bernama.

Pemulihan itu juga akan disokong oleh penyongsangan jurang kadar faedah antara Bank Negara Malaysia dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, tekanan konflik geopolitik yang menurun dengan ketara dan peningkatan keyakinan dalam kalangan pelabur.

Ringgit bagaimanapun diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2392/2419 daripada 3.2333/2356 pada penutupan Rabu dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.4216/4252 daripada 5.3828/3858 sebelumnya.

Mata wang tempatan juga lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3446/3471 daripada 3.3004/3025 pada Rabu dan merosot berbanding euro kepada 4.5733/5764 daripada 4.5547/5573 pada penutupan semalam.

Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, pulih daripada kerugian yang dicatatkan semalam apabila selera risiko pelabur kembali meningkat berikutan data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.19 mata kepada 1,502.52 berbanding 1,492.33 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras itu mengukuh 5.48 mata untuk dibuka pagi ini pada paras 1,497.81.

Pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 257 berbalas 71, manakala 172 kaunter tidak berubah, 1,783 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 159.82 juta unit bernilai RM70.04 juta.

Data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS, yang mengukur inflasi mencatatkan 8.5 peratus pada bulan Julai – di bawah unjuran pasaran sebanyak 8.7 peratus – menunjukkan bahawa ekonomi negara itu pulih lebih cepat daripada jangkaan.

Purata DJI melonjak 535 mata dan Nasdaq memperoleh 361 mata, manakala hasil 10 tahun AS kekal pada 2.78 peratus.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng, memandangkan prestasi teguh di Wall Street semalaman, beliau mengunjurkan FBM KLCI akan kembali pulih daripada kelemahan baru-baru ini dan indeks akan berlegar dalam julat 1,495-1,510 hari ini.

“Kami percaya minat belian juga mungkin muncul untuk saham teknologi selepas aktiviti jualan baru-baru ini,” katanya.

Dua pertiga daripada kaunter berkaitan 30 indeks mencatatkan keuntungan pagi ini, diterajui Inari yang meningkat sebanyak 2.83 peratus atau lapan sen kepada RM2.90, manakala Petronas Chemicals merupakan penyumbang terbesar kepada kenaikan indeks komposit pada 2.32 mata selepas kaunter itu naik 17 sen kepada RM8.89.

Sementara itu, Maybank menokok lima sen kepada RM8.95, Public Bank menambah empat sen kepada RM4.67, CIMB dan Tenaga masing-masing meningkat tiga sen kepada RM5.33 dan RM8.46, manakala IHH Healthcare kekal pada RM6.42.

Bagi saham aktif, G3 Global naik setengah sen kepada empat sen, Dagang Nexchange dua sen lebih tinggi pada 89 sen, SFP meraih empat sen kepada 98 sen dan Infoline memperoleh 1.5 sen kepada 38 sen, manakala Sapura Energy tidak berubah pada lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 78.41 mata kepada 10,640.15, Indeks FBMT 100 mengembang 74.39 mata menjadi 10,388.56 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih tinggi sebanyak 83.91 mata kepada 10,753.21.

Indeks FBM 70 melonjak 106.53 mata kepada 12,658.63 manakala FBM ACE naik 35.44 mata kepada 4,867.07.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 97.92 mata kepada 16,747.53, Indeks Tenaga menambah 4.7 mata kepada 651.34, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih tinggi sebanyak 2.48 mata kepada 183.43 dan Indeks Perladangan meningkat 23.36 mata kepada 7,147.23

Berita berkaitan
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
October 1, 2022· Isu semasa
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
8 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
57 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok