
Ketika urus niaga ditutup jam 6 petang tadi (2 November 2022), ringgit jatuh kepada 4.7360 berbanding dolar AS.
Ringgit dan Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini (4 Ogos 2022) berbanding penutup semalam, dipengaruhi kelemahan dola Amerika Syarikat (AS) serta petunjuk daripada keuntungan di Wall Street.
Pada jam 9.04 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4535/4555 berbanding dolar AS berbanding penutupan Rabu pada 4.4550/4565, susulan kelemahan dolar AS berikutan peningkatan ketegangan antara negara itu dan China.
Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata lawatan speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke Taiwan telah meningkatkan ketegangan AS-Sino yang mencetuskan kejatuhan dolar AS.
“Dolar lebih tinggi pada awal sesi, tetapi ketegangan yang meningkat antara kedua-dua negara mencetuskan kemerosotan dolar,” katanya menurut Bernama.
Beliau juga menyatakan bahawa pelabur kekal bimbang menjelang data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang akan dikeluarkan esok.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.3325/3342 daripada penutup Rabu 3.3459/3472, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4137/4161 daripada 5.4244/4262 dan bertambah baik berbanding euro kepada 4.5261/5281 daripada 4.5261/5281 daripada 4.5261/5281 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.2274/2293 daripada 3.2262/2277 pada Rabu.
Sementara itu, minat belian diperbaharui selepas mengalami tekanan jualan selama dua hari berturut-turut selain mengambil petunjuk daripada keuntungan semalaman Wall Street, menyaksikan Bursa Malaysia memulakan urus niaga pagi ini lebih tinggi.
Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.58 mata untuk mencatatkan paras 1,495.15 daripada penutupan Rabu pada 1,490.57.
Indeks utama itu mengukuh 1.09 mata pada 1,491.66 pada sesi pembukaan.
Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 197 berbalas 80, manakala 164 kaunter tidak berubah, 1,794 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 154.83 juta unit bernilai RM54.89 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street mempamerkan lantunan kukuh apabila Indeks Dow Jones meningkat sebanyak 1.3 peratus, didorong oleh Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Bukan Pembuatan (ISM) Institut Pengurusan Bekalan (ISM) yang melonjak ke paras tertinggi tiga bulan pada 56.7 pada Julai 2022 berserta pendapatan korporat yang lebih mantap.
“Memandangkan pasaran melihat lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan dijangka tidak menimbulkan sebarang kemungkinan, kami percaya sentimen itu akan pulih seiring prestasi rakan serantau yang lain selepas kenaikan ketara di AS berikutan data ekonomi yang teguh dan pendapatan korporat yang lebih kukuh,” katanya dalam nota hari ini.
Bagi komoditi, firma pembrokeran itu menyatakan harga minyak mentah terus jatuh, diniagakan di bawah paras US$100 setong, manakala harga minyak sawit mentah turun kepada sekitar RM3,800 satu tan.