
Pada jam 9.18 pagi tadi (29 Ogos 2022), mata wang tempatan berada pada 4.4795/4835 berbanding dolar AS daripada penutupan 4.4655/4675 pada Jumaat.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) AS, hari ini (29 Ogos) berikutan kekurangan minat belian, seiring dengan Bursa Malaysia yang juga dibuka rendah kerana mod mengelak risiko.
Pada jam 9.18 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4795/4835 berbanding dolar AS daripada penutupan 4.4655/4675 pada Jumaat.
Dalam satu nota, Kenanga Research berkata penurunan terbaru euro berbanding dolar AS, ditambah pula dengan prospek ekonomi China yang semakin merosot mungkin memberi tekanan luar ke atas unit tempatan.
“Bagaimanapun, ringgit mungkin terus mendapat manfaat daripada harga komoditi yang tinggi dan tebaran hasil bon kerajaan Malaysia-AS yang positif,” katanya menurut Bernama.
Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Nota tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.4499/4539 daripada penutup Jumaat 4.4668/4688 dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.2026/2059 daripada 3.2140/2159 sebelumnya.
Ia juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2321/2367 daripada 5.2831/2855 minggu lepas dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2387/2419 daripada 3.2619/2636 pada Jumaat.
Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini pada mod mengelak risiko, mengambil petunjuk daripada kejatuhan mendadak Wall Street pada Jumaat, kata seorang peniaga.
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 16.29 mata kepada 1,484.0 daripada 1,500.29 penutup Jumaat lepas.
Indeks penanda aras dibuka 13.77 mata lebih rendah kepada 1,486.52.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 494 berbanding 47, manakala 152 kaunter tidak berubah, 1,666 tidak diniagakan dan 81 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 200.45 juta unit bernilai RM105.12 juta.
Dalam satu nota, Malacca Securities Sdn Bhd berkata bursa tempatan mungkin menuju ke arah penjualan yang meluas, berikutan kemerosotan mendadak di Wall Street semalaman.
“Kami percaya keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS pada masa hadapan akan terus mencetuskan ketidaktentuan pasaran. Di hadapan tempatan, pelabur mungkin memerhatikan data kadar inflasi Malaysia pada tengah hari,” katanya.