Ringgit, bursa diniagakan tinggi

June 23, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit dan bursa Malaysia hari ini (23 Jun 2022) masing-masing diniagakan tinggi ketika dibuka pagi ini dengan ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat, kata peniaga.

Didorong minat belian yang muncul semula dalam keadaan permintaan terhadap dolar yang sedikit berkurangan memandangkan hasil Perbendaharaan AS lebih rendah, ringgit meningkat kepada 4.4030/4070 berbanding dolar pada jam 9.03 pagi, 4.4050/4065 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS berjangka dua tahun dan 10 tahun masing-masing merosot 14 dan 12 mata asas untuk ditutup pada 3.06 peratus dan 3.16 peratus..

Beliau berkata ini akan memberi sedikit kelegaan kepada ringgit hari ini, lapor Bernama.

“Ekuiti penanda aras juga mengalami penurunan, menandakan pelabur telah beralih kepada aset bebas risiko,” katanya.

Beliau berkata dalam pada itu, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) tidak berganjak ddaripada pendirian untuk menurunkan kadar inflasi kepada paras sasaran 2.0 peratus walaupun tindakan itu mungkin menyebabkan ekonomi mengalami kemelesetan.

“Ini telah diredakan apabila Pengerusi Fed, Jerome Powell memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat AS,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata susulan itu, ringgit dijangka kekal rendah memandangkan sentimen pasaran masih lemah berikutan perbincangan yang semakin menarik mengenai kemungkinan berlakunya kemelesetan di AS.

Justeru, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding dengan beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dengan pound British kepada 5.3946/3995 daripada 5.3966/3984 ketika ditutup pada Rabu dan naik berbanding dengan yen Jepun kepada 3.2361/2393 daripada 3.2392/2408.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding dengan euro kepada 4.6544/6586 daripada 4.6332/6348 semalam dan susut berbanding dengan dolar Singapura kepada 3.1729/1762 daripada 3.1707/1722.

Sementara itu, Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula untuk dibuka tinggi pada Khamis dan mencecah paras melebihi 1,440 setelah didorong minat belian yang lebih baik dalam saham wajaran tinggi terpilih didahului kaunter perladangan, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.01 mata kepada 1,440.11 daripada 1,431.10 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks yang menjadi penanda aras itu dibuka 3.40 mata lebih tinggi kepada 1,434.50.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 137 berbanding 96, manakala 184 kaunter tidak berubah, 1,849 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan 144.93 juta unit bernilai RM60.99 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata peningkatan semula yang sederhana dijangka dialami Bursa Malaysia hari ini kerana indeks itu bergerak hampir kepada paras sokongan.

“Kami menjangkakan bursa tempatan berada dalam aliran pada lingkungan 1,425 hingga 1,445 sepanjang hari ini,” katanya.

Berita berkaitan
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan
June 18, 2022· Isu semasa
Bursa dibuka lemah pada awal sesi dagangan
June 15, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, prestasi lemah berbanding dolar AS
June 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
6 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok