Ringgit, bursa diniagakan tinggi

June 27, 2022 · Isu semasa

Ringgit dan Bursa Malaysia diniagakan tinggi sedikit hari ini (27 Jun) dipengaruhi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dan pengukuhan dagangan di Wall Street.

Bagi ringgit, ianya dibuka meningkat sedikit berbanding dolar Amwrika Syarikat (AS$) pada pembukaan urus niaga pagi Isnin dengan pelabur menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) yang lebih tinggi ditetapkan pada mesyuarat MPC keempat minggu depan untuk membendung inflasi, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3990/4020 berbanding dolar AS daripada 4.4010/4045 pada penutup Jumaat.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit akan kekal dalam julat ketat kerana peserta pasaran juga akan mempertimbangkan kemungkinan keputusan mesyuarat itu.

“Ini benar terutamanya apabila kadar inflasi semasa berterusan berada pada 2.8 peratus sehingga Mei. Ia memberi kita gambaran bahawa kadar faedah sebenar sudah berada di zon negatif memandangkan paras OPR nominal ialah 2.00 peratus. Justeru, peningkatan OPR nampak ketara,” katanya menurut Bernama.

Sementara itu, Mohd Afzanizam menambah berikutan paras kadar inflasi yang meningkat bersama dengan pengetatan monetari yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed), terdapat tanda-tanda kemunculan kelembapan ekonomi.

“Berdasarkan testimoni yang dibentangkan pengerusi Fed Jerome Powell pada minggu lepas, kita dapat melihat dengan jelas desakan daripada Ahli Kongres tentang bagaimana pengetatan Fed boleh menjejaskan ekonomi.

“Dalam hal itu, sebarang tanda kelembapan ekonomi akan meyakinkan Fed untuk memikirkan semula strategi mereka bagi mengunjurkan keupayaan untuk penurunan sederhana ekonomi,” katanya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.3985/4021 daripada 5.4128/4171 pada penutupan Jumaat minggu lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.6440/6472 daripada 4.6444/6481 sebelumnya.

Mata wang tempatan itu lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.1727/1754 daripada 3.1710/1740 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2670/2697 daripada 3.2590/2621 pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Isnin selepas dagangan di Wall Street mengukuh semula dengan ketiga-tiga indeks utama AS menunjukkan peningkatan pada penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.99 mata kepada 1,439.69 daripada 1,436.70 berbanding penutup urus niaga Jumaat lepas.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini 2.12 mata lebih tinggi pada 1,438.82.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 198 berbalas 99, manakala 189 kaunter tidak berubah, 1,822 tidak diniagakan dan 55 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 169.15 juta unit bernilai RM58.65 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, walaupun berdepan dengan pelbagai masalah, Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) melonjak 823 mata manakala Nasdaq menambah 375 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat kepada hampir 3.14 peratus pada Jumaat lepas.

Sementara S&P 500 lebih tinggi sebanyak 116.01 mata untuk ditutup pada pada 3,911.74.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar
24 jam lalu· Isu semasa
Dasar monetari proaktif kerajaan jamin ringgit, pasaran kewangan stabil: Zafrul
August 11, 2022· Isu semasa
Kerajaan tidak ada rancangan tambat ringgit: Zafrul
August 11, 2022· Isu semasa
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022· Dunia
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
55 minit lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan
12 jam lalu · Isu semasa
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok