Rina peluk ibu, cerita kesusahan hidup, beri semangat kepada wanita

September 14, 2022 · Isu semasa

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menimbulkan perasaan sebak dalam kalangan lebih 1,500 peserta Program Keusahawanan Wanita [email protected], apabila beliau memeluk ibunya Taiyibah Rusli, 72.

Beliau berbuat demikian ketika menceritakan kisah hidup keluarganya yang susah setelah ibu bapanya berpisah, untuk dijadikan semangat oleh peserta program itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, semalam (Selasa, 13 September 2022).

“Kalau mak tak kuat dan cekal, mungkin saya tak berada di sini,” katanya mengimbas kehidupan dibesarkan Taiyibah yang juga ibu tunggal.

Katanya, beliau bersama adik-adiknya mengharungi hidup susah selepas ibu bapanya berpisah.

“Saya anak sulung daripada enam beradik, ayah dan ibu berpisah ketika saya berumur 18 tahun dengan adik bongsu waktu itu baru tiga bulan.

“Disebabkan pergolakan rumah tangga (ibu bapa) ketika itu, saya tak dapat tumpu kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), keputusan tidak begitu cemerlang hingga tak layak sambung belajar ke luar negara,” katanya memetik laporan BeritaBersatu.

Hadir sama, Datuk Rosyam Nor yang merupakan Duta Perintis Usanita, yang turut berkongsi pengalaman beliau dalam bidang perniagaan.

Bercerita lebih lanjut, Rina berkata disebabkan perceraian itu, ibunya yang ketika itu tidak bekerja terpaksa mencari rezeki demi menyara mereka sekeluarga.

“Ibu bekerja sebagai pembantu tukang masak…susahnya kami (waktu itu), saya masih ingat makanan paling mewah kami adik beradik adalah tulang ayam. Itu pun diambil daripada tempat kerja ibu, jadi tulang itulah untuk masak sup dan makan beramai-ramai.

“Kemudian ibu berniaga kecil-kecilan buat laksa, mi kari, dengan ketika itu tak ada kenderaan. Jadi segala peralatan berniaga seperti periuk, angkut sambil berjalan kaki, agak jauh dan berat. Itulah yang kami lalui,” katanya.

Beliau berkata, kecekalan ibunya yang menjadikan beliau tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran, termasuk kecaman sepanjang menerajui KPWKM.

“Kalau ibu saya fikirkan kata hinaan orang, mungkin saya tak berada di sini.

“Disebabkan itu saya seru wanita untuk terus bangkit… jangan jadikan kegagalan lalu sebagai penghalang tapi kuatkan semangat untuk berjaya,” katanya.

Sementara itu, Rina yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), berkata seramai 52,410 wanita dari YKN dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dibantu melalui program Wanita [email protected]

“Melalui program ini, kita mulakan dengan bantuan kepada peserta sebanyak RM500 sebagai permulaan. Daripada RM500 ini kita nak jadikannya kepada RM5,000.

“Walaupun nilainya pada setengah orang kecil tetapi bagi orang lain ia sangat besar, misalnya kita bantu mak cik menjual pisang goreng…dia dapat beli kuali dan bahan keperluan berniaga, selain itu turut dibekalkan dengan ilmu melalui kursus serta bimbingan,” katanya.

Menurutnya, program itu juga dilihat sebagai platform terbaik untuk wanita untuk membuat persediaan sebelum bergelar usahawan.

Melalui bimbingan yang diberikan oleh mentor yang memiliki kepakaran dalam bidang perniagaan, peserta akan lebih bersedia berdepan jatuh bangun sebagai usahawan dan memperluaskan perniagaan mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sebahagian peserta yang hadir pada Program Keusahawanan Wanita [email protected] di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara, semalam (Selasa, 13 September 2022).

Berita berkaitan
Wanita didenda RM56,000 guna dokumen palsu bagi laporan Mitra
September 21, 2022· Isu semasa
Polis siasat kehilangan wanita, dipercayai mangsa culik
September 14, 2022· Isu semasa
Kerajaan pertimbang cadangan MPN supaya PKS diberikan moratorium
September 12, 2022· Isu semasa
Wanita ditahan bantu siasatan kes kematian bayi lelaki
August 30, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
12 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok