Rina himpun pemimpin politik kerajaan, pembangkang bincang isu wanita

September 27, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) buat julung kalinya akan menganjurkan Forum Kepimpinan Wanita bersama pemimpin dalam parti politik daripada kerajaan dan pembangkang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata forum sehari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu antaranya akan membincangkan perkara berkaitan penglibatan golongan wanita dalam politik serta sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau berkata forum itu dijangka diadakan pada minggu depan, namun belum menetapkan tarikh, menurut Bernama.

“Forum ini bukan berkenaan saya, bukan mengenai Bersatu, bukan berkaitan wanita Perikatan Nasional (PN), tetapi forum ini berhubung wanita di Malaysia kerana apabila kita tengok Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2022 berkaitan kepimpinan, wanita adalah paling rendah.

“Tambahan pula apabila sebut berkenaan PRU15, inilah masanya kerana kita mahu lebih ramai calon terdiri daripada wanita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran Sidang Kemuncak Wanita Dunia 2023 di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Rina berkongsi mengenai kedudukan Malaysia dalam MGGI 2022 dengan negara ini berada di tangga 103 daripada 146 negara.

Menurutnya, bagi sub indeks Penglibatan Ekonomi, Malaysia mencatatkan skor 0.638 sementara Pencapaian Pendidikan (0.995), Kesihatan (0.972) dan Penglibatan Politik (0.102).

“Selain itu, berdasarkan sumber Forum Ekonomi Dunia, Indeks Jurang Gender Global, kedudukan Malaysia dalam kalangan negara ASEAN berada di tangga kesembilan pada 2022 berbanding tangga ke-10 pada 2021,” katanya dan menambah secara umumnya, skor Malaysia tidak mempunyai perubahan ketara.

Beliau berkata skor yang diperoleh Malaysia itu juga akan dibincangkan dalam forum berkenaan kerana jurang gender yang ketara dalam bidang kepimpinan, politik dan pembuat keputusan merupakan satu indikator yang perlu diberi perhatian serius.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu· Isu semasa
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022· Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022· Isu semasa
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
December 3, 2022· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
17 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu · Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok