Rina gesa beri vaksin awal kepada pelajar

April 25, 2021 · Isu semasa

Ibu bapa tidak perlu risau kerana kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menangani Kluster Pendidikan susulan peningkatan kes Covid-19, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menggesa supaya pemberian vaksin untuk kanak-kanak, guru dan ibu bapa dipercepatkan bagi memastikan wabak itu tidak menular ke sektor pendidikan negara.

Katanya, pihak terbabit seperti Kementerian Pendidikan pastinya akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi memastikan penularan pandemik Covid-19 tidak merebak sepenuhnya secara meluas di sekolah.

“Saya amat memahami perasaan ibu bapa yang pastinya bimbang akan keselamatan anak-anak yang terdedah dengan risiko jangkitan.

“Kita lihat ada penularan Covid-19 di beberapa sekolah dan saya yakin kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan akan mengambil SOP lebih ketat untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa.

“Kita memandang serius hal ini kerana kanak-kanak adalah golongan berisiko untuk terdedah dengan jangkitan,” katanya.

Dilapor, Sarawak, Kelantan, Johor dan Selangor telah menutup sekolah di beberapa daerah ekoran penularan kluster pendidikan di sekolah khasnya di kawasan zon merah.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok