Rina arah JKM siap sedia hadapi kemungkinan gelombang kedua

December 29, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersiap siaga menghadapi kemungkinan gelombang kedua bencana banjir berikutan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia yang meramalkan hujan lebat di beberapa negeri.

Dalam kenyataan hari ini KPWKM memaklumkan menterinya Datuk Seri Rina Harun telah mengarahkan agar lapan Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) JKM bersedia dengan memastikan barangan bantuan keperluan asas bencana dan keperluan tambahan sentiasa mencukupi.

“Beliau juga menekankan bahawa persediaan ini penting supaya tidak berlaku sebarang kelewatan dalam usaha membantu mangsa bencana yang berada dalam kesusahan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan Rina telah membuat tinjauan dan pemantauan kesiapsiagaan DSKB JKM bagi Zon Tengah di Sungai Buloh hari ini. lapor Bernama.

JKM juga diarah membuat perolehan segera bagi menggantikan semula bekalan keperluan asas dan keperluan tambahan bencana memandangkan sebahagian besar stok di DSKB Sungai Buloh telah digunakan semasa bencana baru-baru ini.

KPWKM memaklumkan terdapat lapan DSKB di negara ini iaitu di Kedah, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah selain 165 stor bencana negeri serta depoh mini dan 521 Stor Pangkalan Hadapan.

Menurut kenyataan itu, KPWKM menerusi JKM bersedia menambah sebanyak 500 PPS baharu di seluruh negara seiring keperluan pengurusan mangsa bencana yang lebih efektif serta sebagai tambahan kepada 5,809 PPS sedia ada yang mampu menempatkan 1.7 juta mangsa.

“Kementerian juga sedang mengenal pasti PPS bersesuaian untuk dijadikan Pangkalan Hadapan yang berfungsi sebagai stor dalam komuniti bagi menyimpan barangan asas untuk mempercepat proses agihan bantuan kepada mangsa bencana.

“Dalam hubungan ini, sebanyak 200 lagi Pangkalan Hadapan baharu ditubuhkan khususnya di negeri Selangor dan Johor,” menurut kenyataan itu.

Sehingga hari ini, terdapat 95 PPS yang masih beroperasi di enam negeri di seluruh negara yang menempatkan sebanyak 3,830 keluarga dan 12,758 mangsa bencana banjir dan tanah runtuh.

KPWKM juga telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Sosial yang ditubuhkan di bawah Pasukan Petugas Khas Operasi dan Pasca Banjir bagi membantu mengembalikan semangat dan memberikan sokongan psikososial kepada mangsa yang terkesan akibat bencana itu.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok