Ribut Tropika Kuat Nesat dijangka sebabkan angin kencang di Laut China Selatan malam ini

October 17, 2022 · Isu semasa

Ribut Tropika Kuat Nesat di kedudukan 19.7°Utara 117.2°Timur di barat laut Filipina yang bergerak ke arah barat menuju ke Pulau Hainan, China dijangka meningkat ke tahap taufan, malam ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keadaan itu akan menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan.

“Perhatian penting! Kesan Ribut Tropika Kuat Nesat. Ramalan terkini menunjukkan sistem ini dijangka meningkat ke tahap taufan menjelang malam ini,” tulisnya dalam catatan terkini di Facebooknya, hari ini (17 Oktober 2022).

Beliau turut meminta rakyat Malaysia agar berhati-hati.

“METMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) untuk Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 18 Oktober 2022 (esok).

“Semoga ALLAH SWT melindungi kita daripada bencana buruk. Hati-hati,” tulisnya lagi.

Merujuk kenyataanKetua Pengarah METMalaysia, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama juga telah dikeluarkan pada 9.50 malam 15 Oktober lalu dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 km/jam.

“Ketinggian ombak dijangka mencapai 3.5 meter boleh berlaku di Kawasan perairan Laut China Selatan khususnya di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Labuan dalam tempeh 18 Oktober hingga 20 Oktober.

“Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan lebih peka dan bersiap siaga mengadapi sebarang kemungkinan,” kata kenyataan itu.

 

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
31 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
13 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok