Ribut petir dijangka mulai esok hingga minggu depan

November 18, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 19 November hingga 25 November 2022.

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah penumpuan angin di kawasan pantai Kelantan dan Terengganu dijangka berlaku sehingga esok.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin di kawasan pantai Kelantan dan Terengganu dijangka berlaku sehingga 19 November 2022.  Keadaan ini berpotensi menghasilkan kejadian ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.

“Mulai 21 -24 November 2022, penumpuan angin dijangka berlaku di Selat Melaka. Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang membawa bersama ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri pantai barat Semenanjung terutama pada sebelah pagi,” katanya

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Kubang Pasu dan Padang Terap), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis), Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong) dan Sibu (Sibu), Sabah: Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga jam6 petang ini.

Rakyat Malaysia dijangka membuang undi esok sehingga jam 6 petang di seluruh negara.

Berita berkaitan
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
September 25, 2023· Isu semasa
Hari pengundian diramal hujan, ribut petir
August 11, 2023· Isu semasa
Cuaca baik di kebanyakan pusat penamaan calon, hujan di Alor Setar
July 29, 2023· Politik
Amaran taufan Doksuri di timur laut Sandakan
July 24, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
21 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
21 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok