Ribut petir dijangka di utara Semenanjung esok dan Rabu: Metmalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan sistem tekanan rendah yang berkemungkinan menyebabkan ribut petir dijangka di negeri-negeri utara Semenanjung pada hari ini dan Rabu ini (21 dan 22 Dis).

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata ramalan tersebut adalah susulan daripada sistem tekanan rendah kini berada di kedudukan 4.8’U 93.7’T di Laut Andaman, menurut laporan Bernama.

“Sistem tekanan rendah ini dijangka bergerak ke arah timur menghampiri utara Selat Melaka. Kemungkinan sistem ini meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah, sekali gus keadaan ini boleh menyebabkan ribut petir di negeri-negeri utara Semenanjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai di kawasan yang terlibat untuk lebih berwaspada.

Hujan lebat tanpa henti sejak pagi Jumaat lepas menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa negeri dilanda banjir dengan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

BERITA BERKAIT
POPULAR