Rentas negeri, dijangka 4 juta kenderaan sehari atas lebuh raya

October 11, 2021 · Isu semasa

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik akan meningkat kepada empat juta kenderaan berbanding 3.5 juta kenderaan dalam tempoh sehari pada masa ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Shuhaimi Hassan berkata ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan rakyat Malaysia yang telah lengkap divaksin untuk melakukan pergerakkan rentas negeri bermula hari ini.

Beliau berkata LLM telah bersiap sedia sepenuhnya dan telah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul pada 19 Okt ini.

Menurutnya bagi memastikan kelancaran pergerakan trafik, LLM telah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya untuk menjadualkan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengelakkan pelaksanaan penutupan lorong.

“…terutamanya di Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuhraya Kajang Seremban semasa cuti hujung minggu atau cuti umum bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Mohd Shuhaimi berkata syarikat pengendali lebuh raya juga diarah melakukan persiapan bagi memastikan semua kawasan rehat dan rawat serta hentian sebelah sepanjang lebuh raya berada dalam keadaan baik dan teratur serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Sementara itu pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, memastikan baki kad ‘Touch and Go’ mencukupi, merancang dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia di talian 1-800-88-7752 atau menerusi media sosial seperti Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di Twitter, @LLMinfotrafik untuk mendapatkan maklumat keadaan trafik serta bantuan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok