Rentas negeri, daerah untuk kerja tak perlu surat polis

May 10, 2021 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan pergerakan rentas negeri dan daerah bagi tujuan kerja tidak memerlukan surat kebenaran daripada polis.

Apa yang diperlukan hanyalah kombinasi surat dikeluarkan MITI dan surat majikan atau surat MITI dan pas pekerja, kata kementerian itu dalam laman Twitternya.

“Surat MITI ini juga tidak perlu dicop oleh PDRM. Rakan sekerja kami di PDRM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga maklum,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyusul selepas orang ramai terutama pekerja sektor swasta keliru dengan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkata, semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran PDRM di seluruh negara tidak dibenarkan, berkuat kuasa hari ini hingga 6 Jun.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini, syarikat dan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Bagi sektor ekonomi di bawah MITI dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), operasi mereka disokong oleh kelulusan MITI, manakala sektor lain adalah mengikut kelulusan kementerian masing-masing.

Di kawasan PKP, kapasiti kehadiran pekerja bagi kumpulan pengurusan yang dibenarkan adalah 30 peratus, manakala pekerja bukan pengurusan tiada sekatan kapasiti.

Surat Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) sedia ada juga boleh digunakan asalkan ia adalah sahih, namun MITI menyarankan pekerja memuat turun surat baharu untuk mengelakkan sebarang isu dengan pihak berkuasa.

Turut tidak perlu mendapat kebenaran polis ialah mereka yang perlu mendapatkan rawatan atau temu janji dengan hospital atau klinik, termasuk pesakit kanser dan buah pinggang.

Apa yang perlu dilakukan adalah mengemukakan kad temu janji sekiranya ditahan pada sekatan jalan raya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok